Followers

Selasa, 30 September 2008

Salam Aidilfitri daripada Gempur Serkam Darat


Assalamualaikum ..

salam lebaran salam syawal untuk semua blogger yang berkunjung

daripada kami Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Serkam Darat

Maaf Zahir Dan Batin

Selasa, 16 September 2008

Dibolehkan ketika berpuasa ??? -Malaysiakini

Perkara2 Yang Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang BerpuasaSeseorang hamba yang taat dan memahami al-Qur'an dan as-Sunnah tidak akan ragu bahawa Allah mengkehendaki kemudahan bagi hambanya dan tidak menginginkan kesulitan. Allah dan Rasul-Nya telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang berpuasa, dan tidak menganggapnya sebagai suatu kesalahan jika beberapa perkara tersebut dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh perbuatan tersebut beserta dalil-dalilnya:
1. Seorang yang berpuasa dibolehkan memasuki waktu subuh dalam keadaan masih berjunubDi antara perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam ketika telah masuk fajar (waktu subuh) adalah masih berada dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudiannya beliau mandi di dalam waktu subuh dan melaksanakan solat.Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu 'anhuma (yang ertinya): “Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima' dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/123), Muslim (1109))
2. Seorang yang berpuasa boleh bersiwak (memberus gigi)Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Kalaulah tidak memberatkan umatku niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu”. (Hadis Riwayat Bukhori (2/311), Muslim (252))Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam tidak mengkhususkan orang yang berpuasa ataupun yang lainnya, ini sebagai dalil bahawa siwak bagi orang yang berpuasa dan selainnya ketika setiap kali berwudhu’ dan solat. (Inilah pendapat al-Bukhari rahimahullah, demikian pula Ibnu Khuzaimah dan selain keduanya. Lihat Fathul Bari (4/158), Shahih Ibnu khuzaimah (3/247), Syarhus Sunnah (6/298))Begitulah juga berkenaan siwak ini, ianya bersifat umum untuk dilaksanakan seluruh waktu sama ada sebelum zawal (tergelincir matahari) atau setelahnya. Wallahu a'lam.
3. Berkumur-kumur dan memasukan air ke hidungPerkara ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam berkumur-kumur dan beristinsyaq di ketika dalam keadaan berpuasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan ketika istinsyaq (memasukan air ke hidung) Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “…..bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad (4/32), Ibnu Abi Syaibah (3/101), Ibnu majah (407), an-Nasa’i (no. 87) dari Laqith bin Shabrah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih)
4. Bercumbu dan mencium isteri dalam keadaan berpuasaAisyah radhiallahu ‘anha pernah berkata: “Rasulullah pernah mencium dan bercumbuber dalam keadaan berpuasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling kuat menahan diri (nafsu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/131), Muslim (1106))
Dalam soal ini, golongan muda dimakruhkan berbuat demikian berbanding yang telah tua.Abdullah bin Amr bin ‘Ash berkata: “Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam, datanglah seorang pemuda lalu berkata: “Ya Rasulallah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa? Beliau menjawab: “Tidak”, datang pula seorang yang sudah tua lalu dia berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa?” Beliau menjawab: “Ya”. Sebahagian dari kami pun saling memandang di antara satu dengan yang lain. Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya orang tua boleh menahan dirinya”.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/185, 221))
5. Mengeluarkan darah dan melakukan suntikan yang tidak mengandungi makananSemua ini bukanlah termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan puasa.
6. BerbekamPada awalnya, berbekam adalah merupakan salah satu pembatal puasa, namun kemudiannya ia dimansuhkan. Terdapat hadis sahih yang jelas dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa beliau berbekam ketika berpuasa. Ini adalah berdasarkan satu riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma: “Bahawasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah berbekam dalam keadaan sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/155 – Fathul Bari), lihat “Nasikhul hadis wa Mansukhuhu” (334-338) karya Ibnu Syahin)
7. Merasai makananMerasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma: “Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana tidak sampai ke tenggorokan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari secara muallaq (4/154 – Fathul Bari), dimaushulkan (disambungkan/disebutkan sanadnya) oleh Ibnu Abi Syaibah (3/47), al-Baihaqi (4/261) melalui dua jalan. Hadis ini hasan, lihat “Taqliqut Taqliq” (3/151-152))
8. Bercelak dan menitiskan ubat mata dan lainnya yang masuk seumpamaSemua perkara tersebut tidaklah termasuk ke dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, sama ada rasanya dapat dirasai sehingga ke tenggorokan atau tidak, inilah yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam risalahnya yang bermanfaat “Haqiqatus Shiyam” serta muridnya Ibnul Qoyyim di dalam kitabnya “Zaadul Ma’ad”. Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab “Shahihnya”, Anas bin Malik, Hasan al-Bashri dan Ibrahim an-Nakhai memandang tidak mengapa bagi yang berpuasa.”
9. Menyiramkan air dingin ke atas kepalanya dan mandiImam al-Bukhari menyatakan di dalam kitab Shahihnya “Bab Mandinya Orang Yang Berpuasa” bahawa, “Ibnu Umar pernah membasahi (membasahi dengan air, untuk mendinginkan badannya kerana haus ketika puasa) bajunya kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan berpuasa.” Asy-Sya’bi juga pernah memasuki ke bilik mandi dalam keadaan sedang berpuasa. Al-Hasan berkata: “Tidak mengapa berkumur-kumur dan mendinginkan badan dalam keadaan sedang berpuasa.”Dalam suatu riwayat disebutkan, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah menyiramkan air ke kepalanya dalam keadaan sedang berpuasa kerana dahaga atau kepanasan yang mengeringkan.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (2365), Ahmad (5/376, 380, 408, 430). Sanadnya sahih.)

Cuti -cuti di Negara Islam -Malaysiakini

Salam,Kebanyakan negara timur tengah (islam) memuliakan hari Jumaat, tidak seperti negara Asia yg kebanyakkannya mengikut negara barat (kristian?).

Afghanistan – Friday (week rest)
Bahrain - Friday & Saturday
Bangladesh – Friday & Saturday
Iran – Thursday & Friday
Iraq - Friday & Saturday
Israel – Saturday (week rest)
Jordon – Friday & Saturday
Kuwait - Friday & Saturday
Lebanon – Saturday & Sunday
Libya - Friday & Saturday
Oman – Thursday & Friday
Pakistan – Saturday & Sunday
Qatar – Friday & Saturday
Saudi Arabia - Thursday & Friday
Sudan - Friday (week rest)
Syria - Friday & Saturday
UAE – Friday & Saturday
West Bank & Gaza – Friday
Yemen – Thursday & Friday
Kecuali Malaysia yang masih lagi terikut-ikut dengan budaya Kristian cuti pada hari sabtu dan ahad

Sabtu, 13 September 2008

KELEBIHAN PUASA RAMADHAN -MALAYSIAKINI

IBADAH puasa merupakan sebaik-baik ibadah dan seagung-agung ketaatan kepada Allah Taala. Ia dinyatakan di dalam nas sama ada al-Quran mahupun As-Sunnah. Di antara kelebihan ibadah puasa di bulan Ramadan ialah:

Pertama: Ia difardukan ke atas semua umat sepanjang zaman. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah : 183)

Kedua: Ia adalah merupakan penyebab kepada keampunan daripada dosa dan kemaksiatan yang dilakukan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Apa yang dimaksudkan dengan berpuasa sepenuh keimanan ialah reda sepenuhnya dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, manakala pengharapan pula bermaksud mengharapkan ganjaran pahala dari-Nya dan tidak ada perasaan syak terhadap janji-janji Allah SWT tersebut. Dengan itu orang yang berpuasa akan diampun dosanya yang telah dilakukan.Abu Hurairah r.a juga meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Solat lima waktu, solat Jumaat hingga solat Jumaat berikutnya dan Ramadan (puasa) hingga Ramadan berikutnya adalah merupakan penebus dosa di antara selagi mana dosa-dosa besar dijauhi. (riwayat Imam Muslim).

Ketiga: Puasa Ramadan juga tidak terhad pahalanya atau terikat dengan kadar tertentu kerana orang yang berpuasa akan diberi ganjaran yang hanya ditentukan oleh Allah.Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda bahawa Allah SWT berfirman (Hadis Qudsi): Setiap amalan anak Adam adalah baginya (pahala menurut kadar yang ditentukan) kecuali puasa, sesungguhnya ia bagi-Ku dan Aku yang mengganjarinya secara khusus.

Puasa itu adalah benteng, oleh itu apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata keji dan berbuat nista, jika ada orang mencela kamu atau mengajak kamu bergaduh maka katakanlah kepadanya, “Saya sedang berpuasa”. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad dalam genggaman tangan-Nya (kuasa-Nya), sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, pertama; kegembiraan ketika berbuka dan kedua; kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak. (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Hadis di atas menjelaskan dua kelebihan yang diperolehi dari ibadah puasa Ramadan iaitu:
1) Allah SWT mengkhususkan ibadah puasa dibandingkan dengan semua ibadah yang lain kerana kemuliaan-Nya dan kesukaan-Nya kepada ibadah puasa.

Ini kerana ibadah puasa adalah merupakan kerahsiaan yang membuktikan sejauhmana keikhlasan dan keimanan seorang hamba terhadap Allah. Orang yang berpuasa boleh sahaja melakukan apa yang diharamkan oleh Allah seperti makan minum di siang hari kerana orang ramai tidak mengetahuinya, tetapi ia tidak melakukannya kerana yakin akan pengawasan Allah dan bimbang akan kemurkaan-Nya.Oleh itu Allah SWT amat menghargai sikap ini maka ibadah puasa menjadi satu-satunya ibadah yang dikhususkan pahalanya oleh Allah.

2) Allah sendiri yang menegaskan bahawa, “Aku yang memberikan pahala ibadah puasa dan menisbahkan ganjaran kepada-Nya”. Sedangkan amal soleh yang lain dinyatakan ganjarannya iaitu dengan bilangan. Yakni setiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala ganjaran hingga 700 kali ganda dan seterusnya. Namun, ibadah puasa Allah SWT yang menentukannya tanpa diketahui jumlah atau bilangan pahala seperti mana ibadah-ibadah lain. Ini bermakna pahala puasa pastinya begitu besar dan tidak terhitung banyaknya.Ini kerana puasa adalah merupakan latihan kesabaran di dalam mentaati Allah dan kesabaran di dalam menjauhi larangan-Nya serta kesabaran di dalam menanggung lapar, dahaga, kelemahan tubuh badan.Dengan puasa juga ketiga-tiga bentuk kesabaran iaitu lapar, dahaga dan keletihan tubuh bergabung hingga melayakkan orang yang berpuasa termasuk di kalangan hamba Allah yang benar-benar sabar.

Selasa, 9 September 2008

Penduduk Jasin bantah karaoke malam

Zaili Muhammad
JASIN, 9 Sept (Hrkh) - Penduduk di sekitar Jasin membantah tindakan sebuah restoran di Kampung Ayer Panas, Kesang, di sini yang mengadakan aktiviti berkaroeke secara terbuka di waktu malam kerana jelas tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar Jasme Tompang, bahawa aktiviti yang dijalankan itu jelas tidak menghormati bulan yang mulia ini dan mengganggu keharmornian penduduk setempat."Aktiviti tersebut telah berlangsung sekian lama walaupun mendapat rungutan daripada orang kampung, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Jasin. "Kita harap di bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah ini sepatutnya umat Islam menggelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia dan melalaikan. "Umat Islam perlu mempertingkatkan amal ibadat di bulan yang diberkati ini dan bermuhasabah diri, keluarga serta masyarakat agar selari dengan tuntutan Allah yang mahukan kita mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran," kata beliau.
Pemilik restoran itu telah menjalankan perniagaan dan aktiviti berkaroeke kepada pengunjungnya sejak beberapa lama serta ianya mendapat sambutan yang hebat di kalangan orang-ramai khususnya penduduk sekitar. Tetapi tidak dapat dipastikan samada aktiviti tersebut mendapat kelulusan daripada pihak berwajib atau tidak kerana ianya dijalankan secara terbuka dan perlu mendapat permit daripada PBT.

Ahad, 7 September 2008

UMNO DUN SERKAM TANDUS PEWARIS - Malaysiakini

artikel ini saya ambil dari kawan saya Silembiks... almaklum kami nie kawan sekampung ..
Sambil lepak-lepak ngan member sejemaah, ceritala juga pasal isu politik semasa. Di Dun Serkam hampir kesemua pucuk pimpinan UMNO peringkat cawangan telah membuat rombakan. Antara yang saya ketahui ialah Serkam, Serkam Darat, Tedong dan Sempang. Itu hanya peringkat Dun sayala. Tempat lain tak dapat nak pastikan.

Yang pastinya ramai muka-muka lama yang kecundang dalam pemilihan kali ini. Dari sumber yang saya perolehi, antara sebab utama muka-muka lama ini kecundang dalam pemilihan kali ini adalah disebabkan berlakunya masalah penyelewengan wang di dalam Parti tersebut..tu baru pasal wang dalam parti, tak cerita lagi perihal penyelewengan wang JKKK... Tempat dan siapa orangnya saya terpaksa rahsiakan, orang UMNO boleh cari sendiri sapa mangkuk hayun tersebut...mungkin black & white dari saya kurang, "tetapi masakan pokok akan bergoyang dengan sendirinya jika angin tidak bertiup, mesti ada orang yang mengoyangkannya"..jadi masing-masing berfikirlah dengan sempurna...

Jadi apa yang dapat saya simpulkan disini ialah kalau pemimpin peringkat pusat dah tak betul apatah lagi pimpinan peringkat cawangan. Tapi yang specialnya, pimpinan pusat ini 'maksum' dan tidak boleh ditangkap jika terlibat dengan masalah politik wang, pimpinan yang kecik ?? mmmm pandai-pandai kamula labu.... Yang haram semuanya jadi halal belaka. Bak kata P. Ramlee dalam cerita 'Tiga Abdul', "dah elokla tu, si perompak makan si penyamun"...Senang kata, akibat sikap mereka yang macam binatang buas, rakyat tempatan yang semakin kesempitan...
silembiks : mmm patutla dah nak karam, dok bikin perkara salah je kejenya..
Komen assirkami:
Pertamanya nak perbetul statemen "penyamum jual si penyangak bukan Perompak jual si penyamum.Serkam darat tu kampung saya lah tu.. pergh.. Ketua Umno dia siap boleh makan duit cawangan plak tu .. guna duit main judi.. pak aji plak tu dah tu dilantik sebagai pengerusi masjid plak . Tu pun nasib baik duit masjid pun tak di kebas. Duit cawangan pun abis inikan pulak duit2 yang lain . tak tau lah cukup makan ke tak

Dari KMU : Orang UMNO Rosakkan UMNO . Baik Tukar pada Pakatan Rakyat -Malaysiakini

UMNO dalam keadaan terumbang-ambing sejak 4 tahun lalu. Malangnya ia tidak dapat dibuktikan sehinggalah dalam pilihan raya umum yang lalu. Ramai pengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap pengkhianat parti. Kami dicop sebagai kroni-kroni Tun Dr. Mahathir yang hidup dalam nostalgia. Dianggap sebagai anak-anak didik Mahathir yang tidak menerima kenyataan peralihan pucuk pimpinan negara.Sehingga sebelum Mac 2008, segala bentuk pandangan, dakwaan dan kritikan penyokong UMNO yang sealiran dengan laman ini dianggap sebagai fitnah, pembohongan dan propaganda palsu. Dakwaan bahawa polisi-polis dan keputusan-keputusan kerajaan tidak menggembirakan rakyat diketepikan sahaja oleh elit politik kerajaan.
Hujah bahawa Abdullah mendapat mandat besar pada 2004 digunakan untuk mematikan sebarang kritikan terhadap kepimpinan beliau. Apakah keputusan pilihan raya umum 2008 menggembirakan kita semua? Sebagai penyokong UMNO, saya tidak fikir kita gembira. Namun inilah pengajaran kepada mereka yang memberi maklumat dan cerita palsu kepada kepimpinan kita.Abdullah diangkat oleh media sebagai tokoh pembaharuan. Tidak dapat dinafikan bahawa dasar-dasar Abdullah memang popular kepada kalangan pemimpin NGO, Majlis Peguam, pemimpin pembangkang dan pengamal media tempatan tertentu yang ingin melihat UMNO lemah bagi mengukuhkan kedudukan MCA dan juga orang cina secara keseluruhan.Malang bagi Abdullah dan UMNO, beliau juga dikelilingi oleh para penasihat yang bukan sahaja tidak mempedulikan rakyat tetapi lebih mementingkan agenda politik yang mewangi kepada Singapura dan Amerika Syarikat.Jika benar seperti dakwaan The Star, akhbar milik kaum Cina dalam MCA, bahawa Pak Lah pemimpin yang terbaik kerana melakukan ketelusan dan pertanggungjawaban seperti mementingkan semua kaum (sehingga mengenepikan hak biasiswa anak-anak Melayu), melakukan pembaharuan dalam Polis dan kehakiman dan memerangi rasuah dengan serius, mengapa undi kaum Cina berpindah begitu banyak kepada DAP dan PKR, malah Pas?Jika kita baca akhbar milik parti Cina ini, hampir saban minggu memuji polisi Abdullah sebagai tepat dan disukai oleh kaum Cina. Kita juga boleh membaca tulisan seorang bekas Ketua Pengarangnya yang memuji Abdullah melangit saban minggu dan mengutuk Dr. Mahathir.Malangnya, mengapa pada zaman Abdullah orang Cina hilang kepercayaan kepada BN tetapi tidak zaman Mahathir? Kita tahu (dan ini juga diakui oleh The Star) bahawa dasar-dasar zaman Abdullah lebih menguntungkan kaum Cina berbanding zaman Mahathir. Namun undi kaum Cina merosot begitu jauh terhadap kepimpinan Abdullah.Abdullah juga diberi pujian melangit oleh Samy Vellu. Presiden MIC ini pernah mendakwa bahawa Abdullah lebih banyak membantu kaum India di malaysia berbanding Mahathir. Sekali lagi, hampir 90% kaum India tidak memberikan undi kepada BN kali ini. Ini tidak berlaku dalam zaman "autokratik mahathir yang ultra Melayu."Kita bertanya lagi, mengapa ketika Abdullah dikatakan tokoh pembaharuan, digembar-gemburkan sebagai Mr Clean tidak lagi dipercayai oleh penyokong-penyokong kuat BN ini?Abdullah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana pendidikan agama beliau dilihat sebagai satu ciri kepimpinan yang diperlukan oleh orang Melayu dan masyarakat Islam keseluruhannya di negara ini.Pada 2004, ikon Abdullah berdoa dan bersolat dijadikan bahan kempen yang ditafsirkan telah menarik sokongan ramai orang Melayu di negara ini. Malangnya pada 2004, ikon Abdullah memegang bahu dan pinggang wanita bukan muhrim telah juga menjadi bahan kempen pilihan raya. Betapa kontradiknya kehidupan Abdullah Ahmad Badawi dalam masa 4 tahun.Jika Mahathir dianggap oleh segelintir orang Melayu sebagai tidak sensitif terhadap kedudukan Islam dan kepentingan Islam, mengapa Abdullah pula yang kehilangan sokongan orang Islam?Sedar atau tidak empat tahun kebelakangan ini, orang Melayu dan umat Islam telah hilang kepercayaan kepada Abdullah. Konflik antara agama, kegagalan menjaga kedudukan agama Islam dan membiarkan kumpulan tertentu mencabar agama Islam sudah sukar diterima oleh orang Islam di negara ini. Orang Cina, India dan Melayu telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah. Mereka hilang kepercayaan kerana sepanjang 4 tahun yang lalu negara ini tidak bergerak ke mana.
Negara kita menjadi statik dan beku dengan segala bentuk pelancaran dan perasmian tanpa pelaksanaan.Orang ramai sudah bosan dengan sifat prihatin Abdullah yang dibuat-buat atau bersifat kepura-puraan. Orang ramai sudah bosan dengan kegagalan Abdullah memimpin dan "memandu"(drive) negara ini.Namun BN masih kekal berkuasa pada 2008 ini kerana kesetiaan sebahagian besar ahli UMNO kepada parti sungguhpun sudah meluat kepada Abdullah. Kekalnya Abdullah juga kerana sokongan padu penduduk Sabah dan Sarawak kepada BN kali ini. Itu pun bukan kerana Abdullah tetapi kerana jasa BN sekian lama.Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, tahap kesabaran rakyat terhadap Abdullah sudah semakin menipis. Di Permatang Pauh, ahli UMNO sendiri sudah tidak mengundi BN kerana hilang kepercayaan kepada UMNO. Mereka tidak mahu lagi peralihan kuasa 2010. Mereka mahukan sekarang.Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam ucapan tertutupnya baru-baru ini menegaskan bahawa negara ini memerlukan driven leader bukannya cheerleader. Beliau membuat perbandingan antara zaman Mahathir dan zaman Abdullah."Mahathir bukan seorang pemimpin. Sebaliknya beliau adalah 'drebar bas'. Negara ini umpama bas, kita ini penumpang. Apabila Mahathir umumkan kita akan melalui Jambatan ke Pulau Pinang, penumpang di dalam bas ini bergasak ada yang setuju dan ada yang tidak.
Pembaziran, gajah putih, kronisme dan pelbagai hujahan dikemukakan. Ketika kita di dalam bas sibuk bergaduh, rupa-rupanya telah siap jambatan. Demikian juga apabila mahu 'menggunakan' lebuh raya Utara-Selatan. Kita sebagai penumpang bergasak lagi, penat bergaduh, kita lihat di luar telah sampai ke Bukit Kayu Hitam. "Sebaliknya pada zaman Pak Lah kita tidak ada drebar. Kita hanya ada cheerleader. Lancar pelbagai projek IDR, NCER, dan macam-macam koridor. Pakat bertepuk tangan dalam bas. Tapi punya lama tunggu kita dok di situ juga. Sebab itu rakyat menjadi restless, tertekan dan hilang keyakinan terhadap keupayaan kepimpinan negara." UMNO harus menerima hakikat bahawa mereka hampir mustahil untuk menang dalam mana-mana pilihan raya kecil selagi Pak Lah memegang jawatan. Ini juga disedari oleh ramai pemimpin UMNO di peringkat bahagian. Rata-rata tidak bersetuju peralihan kuasa 2010.
Malangnya mereka memilih untuk menghormati peralihan itu bagi menghormati Datuk Seri Najib. Mereka tidak mahu meletakkan Najib dalam keadaan serba salah.Pandangan ini bukan sahaja tidak tepat malah boleh merosakkan UMNO. UMNO bukan milik Pak Lah dan Najib sahaja. UMNO milik ahlinya yang sepatutnya membuat keputusan berasaskan survival parti bukannya survival pemimpin.Jika ahli UMNO berpendapat perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan menjelang Perhimpunan Agung UMNO kali ini, maka bahagian-bahagian UMNO harus bersedia mencalonkan orang lain selain Pak Lah untuk jawatan Presiden.
komen Pendekar Serkam:
Oleh kerana kapal Umno dan Bee End dan nak pecah .. cepat-cepatlah isi borang Pas dan Borang pakatan Rakyat yang berada berdekatan dengan Tempat tinggal anda. Berjuanglah Untuk Islam Merdekan diri anda dan keluarga anda dari penjajahan UMNO dan Barisan Nasional.

Isnin, 1 September 2008

Serahkan Perniagaan KepadaYang Berhak

Abdullah Azzam
Anda telah menjual diri anda kepada Allah Azza wa jalla.Dihadapan anda tidak ada pilihan lain
selain menyerahkan apa yang telah anda jual kepada yang telah membelinya.Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan jannah ( at-Taubah :111)Apabila pembeli telah menerima barang yang dijual maka dia berhak berbuat sesukanya dan menempatkannya sesukanya. Jika dia ingin, dia bisa meletakkannya di istana, bisa juga dia meletakkannya dipenjara. Jika dia ingin dia bisa memakaikan baju terindah kepadanya, bisa juga dia menjadikannya baju yang sama sekali tidak indah dipandang oleh mata manusia. Jika dia ingin dia bisa memanjangkan umurnya, bisa juga dia menggantungkan pada tiang gantungan, atau dikuasakan atasnya musuhnya lalu musuh itu membunuhnya, atau mencincangnya.

Apakah baik jika seseorang yang telah menjual seekor kanmbing lalu ia marah kepada orang yang telah membelinya, disaat orang itu menyembelihnya. Pantaskah jika hatinya gundah karenanya ?Belum pernahkah anda dengar tentang singa Allah dan singa Rasulnya, Hamzah bin Abdul mutholib ? Perutnya telah dirobek, Hatinya telah dikeluarkan. Dan ia pun dicincang! Demikian pula halnya dengan para sahabat Nabi yang menjadi syuhada’dalam perang uhud. Perut mereka dirobek, hidung dan telinga mereka diiris, bahkan Hindun binti Utbah dan wanita-wanita Quraisy yang hadir bersamanya menjadikan hidung dan telinga para sahabat sebagai kalung dan gelang bagi mereka. Hindun binti Utbah telah menyerahnkan gelang kaki, kalung, dan perhiasannya kepada Wahsyi, sang pembunuh Hamzah sebagai balasan atas apa yang telah dilakukannya.Atau bahkan, belum pernahkah anda dengar apa yang menimpa Rasulullah Saw saat perang Uhud ? Pipi dan wajah beliau yang mulia terluka. Sebiji gigi depan beliau pecah. Dan beliau hidup dari satu cobaan kepada cobaan yang lainnya.Benarlah perkataan Ibnu al-Jauziy, Bukankah Sekelas Rasul Saw pun perlu untuk mengucapkan, Siapa yang mau melindungiku ? Siapa yang mau menolongku ? Bukankah beliau perlu untuk memasuki kota mekkah ditemani seorang kafir, bukankah beliau menyarungkan senjata dan meyimpannya di balik punggung, bukankah sahabat-sahabat beliau banyak yang terbunuh, bukankah beliau dilecehkan oleh orang-orang yang baru masuk islam, bukankah beliau pernah mengalami kelaparan, dan beliau tetap teguh, tetap tidak bergeming ? Lalu beliau pernah merasakan beratnya kelaparan, sampai-sampai beliau mengambil batu dan mengikatnya di perut ?Padahal Allah adalah pemilik pintu-pintu langit dan bumi ? Bukankah sahabat-sahabat beliau terbunuh, wajah beliau terluka, gigi depan beliau pecah, paman beliau dicincang dan beliau tetap diam ? Lalu beliau diberi rizki anak laki-laki, namun tak berselang lama anak kesayangan itu direngut dari beliau ? Lalu terhibur dengan Hasan dan Husein, tetapi segera diberitahu tentang apa yang akan menimpa keduanya .
Beliau sangat menyayangi Aisyah, lalu diguncangkan kehidupannya dengan kabar tuduhan zina. Beliau berusaha menampakan mukjizat, namun dihadang oleh Musailamah, al-insiy, dan Ibnu Shayyad. Datang kepada beliau Jibril yang terpercaya, namun kaumnya mengatakan, tukang sihir yang pendusta. Lalu dijadikanlah beliau merasakan sakit seperti yang dirasakan oleh dua orang, dan beliau tetap diam, sabar dan tenang. Jika dikabarkan tentang keadaannya, beliau pun mengajarkan kesabaran. Lalu kematian datang, ruh beliau yang mulia terangkat, sementara jasad terbujur diatas kain usang dan sarung yang kasar, keluarga beliau tidak memiliki minyak untuk menyalakan lampu walau untuk malam itu saja.Saudaraku, cobalah untuk merenungkan kehidupan para Nabi dan Rasul.
Mereka adalah manusia-manusia pilihan. Merekalah yang paling mulia disisi pencipta dan paling dicintai oleh-Nya. Meski begitu, Ibrahim telah dilempar kedalam api, zakaria telah digergaji, yahya telah disembelih, Ayyub berada dalam ujian bertahun-tahun yang membinasakan harta dan anak-anaknya, Yunus terpenjara dalam perut ikan paus, Yusuf diremehkan dan dijual dengan harga murah, lalu menetap dipenjara beberapa tahun. Semua itu, mereka ridla terhadap takdir Allah, ridla terhadapnya, pelindung mereka yang sebenarnya.
Ketahuilah wahai saudaraku- semoga Allah merahmati kita semua-sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah tengah berjalan di atas jalan kebenaran dan disibukan oleh berbagai aktifitas dalam islam. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi berbagai ujian, niscaya kepedihan akan sirna, kelelahan akan hilang, dan yang tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. Insya Allah Tidaklah anda lihat, seseorang yang menunaikan syaum di hari yang sangat panas, bukankah lapar dan dahaganya sirna seketika saat setetes air melewati kerongkongan seraya mengucapkan doa yang diajarkan oleh nabi, yang artinya :“Telah sirna haus dahaga, telah basah kerongkongan, dan telah tetap pahala insya Allah.”Begitupun bersamaan dengan langkah pertama anda di dalam surga akan hilang segala kelelahan yang pernah anda rasakan, segala keresahan yang menimpa anda, dan segala luka yang anda dapatkan di jalan Allah. Akan dikatakan kepada anda, “Adakah kamu lihat sesuatu yang tidak mengenakan ?”Lalu anda menjawab-setelah anda merasakan sekejap saja nikmatnya surga, “Demi Allah, tidak wahai Rabbi !
Aku tidak melihat sesuatupun yang tidak mengenakan. “Kelelahan dan kepedihan anda telah usai. Semuanya telah berubah menjadi kegembiraan, kesejahteraan, dan kesenangan. Ganjaran dan pahala telah nyata bagi anda, dan Allah akan menambahkan lagi dari karunianya. Juga, dia akan memuliakan anda dengan kemuliaan sesuai dengan kemuliaan dan kepemurahannya. Disaat itulah anda akan berandai-andai jika saja usaha anda dijalan Dien ini lebih banyak dan lebih banyak lagi. Jika saja bangun anda di waktu malam karena Allah lebih dan lebih banyak lagi. Jika saja kepergian anda menjauhi dunia lebih banyak lagi. Jika saja pengorbanan anda dijalan Allah lebih dan lebih.Bahkan anda berandai-andai-seperti seorang yang syahid-,andai saja, anda dikembalikan ke dunia dan terbunuh dijalan Allah, lalu dihidupkan, lalu terbunuh, lalu dihidupkan, lalu terbunuh lagi, disebabkan anda telah menyaksikan karunia dan kemuliaan yang dianugrahkan oleh Allah kepada para syuhada.

PERUTUSAN TOK GURU SEMPENA RAMADHAN

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT."Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya. Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain. Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata. Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

AHLAN YA RAMADHAN

Ramadan sepatutnya mengubah diri kita atau membantu kita untuk mengubah diri. Di bawah ini dinyatakan 10 perkara bagaiman Ramdhan boleh membantu kita melakukan perubahan diri.

1. Mengenali diri

Seseorang itu tidak akan dapat melakukan perubahan dalam dirinya tanpa ia mengenali dirinya sendiri, dari segi kekuatan, kelemahan, sumber yang ia ada dan lain-lain.

Ahli perang Cina, Sun Tzu ada mengatakan “Kenali diri anda dan kenali musuh anda, setiap seribu peperangan beroleh seribu kemenangan.”

Dalam ilmu pengurusan proses mengenali diri ini dapat dilakukan melalui Analisa SWOT iaitu menganalisa Strength – Kekuatan, Weakness – Kelemahan, Opportunity – Peluang dan Threat – Ancaman.

Proses ini sering kita gunakan untuk urusan kerja di pejabat dan bagi syarikat tempat kita bekerja tapi tidak ramai yang menggunakannya bagi kegunaan peribadi atau keluarga ke arah pembaikan dalam kehidupan.

Ramadan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya.

Oleh itu gunakanlah kehadiran Ramadan untuk mengenali diri kita. Wujudkanlah masa untuk menghisab diri dan gunakanlah sistem-sistem yang banyak terdapat untuk lebih mengenali diri sendiri. Saidina Umar berkata

“Hisablah diri kamu sebelum kamu menghisab diri dan pertimbangkanlah amalan kamu sebelum ia ditimbang.”

2. Pengurusan hidup

Siapa yang gagal untuk merancang sesungguhnya ia merancang untuk gagal. Demikianlah kata-kata hikmah yang terdapat dalam ilmu pengurusan.

Pengurusan hidup adalah penting. Tanpanya kita akan kerugian kerana terlepas peluang, membazir sumber, tidak mengoptimumkan potensi diri dana lain-lain.

Ramadan adalah bulan yang baik bagi melatih kebiasaan pengurusan hidup yang baik. Sepanjang bulan Ramadan, urusan harian kita akan bertambah kerana kita masih perlu menunaikan kerjaa-kerja biasa di pejabat dan di rumah di samping itu juga melakukan pelbagai ibadah yang dianjurkan seperti Tarawih, Witr, Sahur, Tadarus bagi meraih fadilat Ramadan.

Kesemua ini menuntut kemahiran pengurusan. Jika tidak, kemungkinan besar akan ada yang terabai dan tertinggal dan ini pastinya akan merugikan kita.

Sekiranya kita secara sedar merancang kehidupan kita di bulan Ramadan bagi memenuhi tanggungjawab harian dan ibadah, ia akan membentuk kebiasaan yang baik. Kebiasaan ini jika diteruskan dalam kehidupan harian akan menyumbang kepada kejayaan dan perubahan yang besar dalam kehidupan.

Namun ingatlah bahawa yang penting ialah mengurus hidup bagi menghadapi hari pembalasan. Allah taala berfirman yang bermaksud

“Wahai orang yang beriman. Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa melihat apa yang ia sediakan untuk hari esok (hari pembalasan) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan” (Al-Hasyar : 18)

3. Mengawal diri

Bagi mengubah kehidupan kita, kita perlulah mampu untuk mengawal diri kerana kehidupan ini dipenuhi dengan pertarungan dan persaingan dengan pelbagai kepentingan dan keinginan.

Hanya mereka yang mampu mengawal diri sahaja yang dapat memilih apa yang terbaik bagi perubahan dirinya. Jika tidak, nafsu yang akan menjadi raja dalam diri. Betapa ramai kita lihat manusia hilang maruah dan melakukan pelbagai perkara kerana tidak mampu mengawal diri. Bapa yang tidak mampu mengawal dirinya melakukan perbuatan sumbang terhadap anaknya atau orang gajinya. Ramai remaja hari ini kecundang dengan pelbagai tarikan nafsu adalah kerana ketiadaan mekanisme kawalan dalaman dalam diri sendiri.

Puasa adalah latihan yang terbaik bagi kawalan diri kerana ia membina kawalan dalaman yang lebih kuat dari kawalan luaran. Seorang yang mengawal dirinya kerana faktor luaran seperti takut kepada ibu bapa akan mudah kecundang apabila ibu bapanya tiada bersamanya atau berada di belakang mereka.

Puasa membina kekuatan dalaman kerana ia hakikat puasa bukan hanya menahan dari lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu. Lagi pula seseorang yang benar-benar berpuasa dia akan dilatih untuk menjaga dirinya dari pelbagai kejahatan walau pun bersendirian kerana ia menyedari Allah taala maha melihat dan tidak mahu pahala puasanya berkurangan.

Gunakanlah Ramadan sebagai latihan bagi mengawal diri.

4. Empati

Antara masalah dunia hari ini ialah meratanya sikap individualistik dalam diri. Apabila seseorang itu hanya mementingkan kepentingan peribadi, maka ia tidak akan peduli dengan nasib orang lain atau ia akan mencapai kepentingan diri di atas kesengsaraan orang lain.

Sering kali, dalam proses merubah kehidupan kita, perkara seperti ini akan berlaku. Satu cara untuk kita membuang sifat individualistik ialah dengan membina sifat empati. Empati ialah sifat yang mana kita meletakkan diri kita pada keadaan seseorang dan merasakan apa yang orang itu rasakan.

Puasa di bulan Ramadan adalah satu cara untuk membina sifat ini. Kerana dengan berpuasa kita bukan hanya merasakan kelaparan dan kesulitan tetapi juga disuruh untuk merasakan juga bagaimana kelaparan orang miskin dan pelarian di merata tempat.

Hanya apabila kita mempunyai empati kita akan mengambil berat akan nasib orang lain. Dengan itu kita bukan hanya berusaha untuk mengubah diri kita tetapi juga mengubah keadaan hidup orang lain.

5. Hidup untuk berkhidmat pada yang lain

Ramadan mengajar kita agar sentiasa berkhidmat pada orang lain. Kita bukan hanya disuruh untuk menjadi seorang mukmin yang soleh tetapi juga yang menjadikan orang lain soleh.

Di dalam bulan Ramadan kita diperintah untuk mengeluarkan zakat fitrah. Ia adalah simbol bagi sikap mengambil berat terhadap kesusahan orang lain dan berusaha untuk membantu yang lain.

Dalam berusaha untuk mengubah diri kita, hendaklah kita memperuntukkan sedikit masa bagi berkhidmat kepada orang lain. Sebenarnya Islam mengajar umatnya bahawa mereka boleh menolong diri sendiri dengan menolong orang lain. Apabila kita menolong orang lain, Allah akan membantu kita. Akan ada orang lain yang akan bersimpati untuk membantu kita pula. Pahala yang kita perolehi dari menolong orang lain pula akan memberi keberkatan dalam hidup. Keberkatan inilah yang paling penting bagi kita untuk kebahagiaan hidup. Betapa ramai orang kaya tetapi jiwanya tidak tenteram. Sebaliknya, ramai orang yang kurang berharta tetapi hidupnya baik-baik sahaja kerana keberkatan dari Allah taala.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
“Siapa yang tidak mengasihi manusia, Allah tidak akan mengasihi dia.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Ertinya kasihilah orang lain sebelum kita dikasihi. Berkhidmat kepada yang lain sebelum mengharap orang berkhidmat kepada kita untuk mengubah kehidupan.

6. Membiasakan kebiasaan yang baik

Antara perkara yang perlu dipertingkatkan dalam kehidupan ialah kebiasaan yang baik. Apabila kita tidak mempunyai kebiasaan yang baik, hidup kita akan diisi dengan kebiasaan yang tidak baik. Inilah lumrah hidup.

Ramadan memberi peluang untuk kita mempertingkat dan mengukuhkan kebiasaan yang baik. Di dalam Ramadan kita dididik untuk bersederhana dalam pemakanan, bangun pagi awal, beribadah secara konsisten, berhenti atau mengurangkan merokok dan lain-lain.

Oleh itu, kita perlulah mengambil peluang ini. Kita boleh mula berfikir dari sekarang akan apa kebiasaan yang baik untuk diteruskan selepas Ramadan dan merangka langkah-langkah bagi menjayakannya sehingga Ramadan akan datang.

Rugilah kita jika tiada apa-apa kebiasaan yang baik yang dapat dipertingkatkan selepas Ramadan kerana Rasulullah s.a.w bersabda seorang muslim yang hari ini sama seperti semalam, ia adalah orang yang rugi.

7. Bersemarak rasa mulia diri

Ramadan dipenuhi dengan pelbagai ujian. Ramadan adalah satu perjuangan. Sekiranya kita berjaya menunaikan perjuangan ini dengan baik dan mengatasi ujian-ujian yang ada, ia akan membina rasa kemuliaan dan keyakinan terhadap diri.

Bayangkan jika kita dapat melakukan kerja-kerja kita di pejabat sama seperti hari biasa atau sama seperti rakan-rakan bukan Islam sedangkan kita berpuasa, tidakkah ini merupakan satu pencapaian yang mendedahkan keupayaan kita.

Banyak yang boleh kita dapati dari bulan Ramadan bahawa kita sememangnya boleh dan mampu.

Hidup sememangnya memerlukan rasa mulia diri dan keyakinan. Jika kita potensi kita akan terabai.

Namun perasaan mulia dan yakin hanya timbul jika kita benar-benar berjuang dan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan Ramadan. Mereka yang Ramadannya hanya ala kadar sahaja, tidak akan mampu merasakan perasaan ini. Maka ia hilang peluang

8. Menjadi contoh yang baik

Mengapakan Ramadan dipenuhi dengan pelbagai hikmah bagi membina nilai-nilai positif dalam hidup kita? Kerana sebagai orang Islam, kita perlulah menjadi contoh yang baik.

Jika kita boleh bekerja seperti biasa di bulan Ramadan, orang akan kata ‘Lihatlah pekerja Islam itu, walau pun ia berpuasa tetapi ia tetap rajin seperti biasa’.

Ramadan mengajar kita sabar, keinsafan, syukur dan sifat belas kasihan. Jika kesemua ini memberi kesan dalam hidup kita dan terus dihayati dalam kehidupan, orang akan pasti melihat nilai-nilai ini dalam kita dan sentiasa mengaitkan nilai ini dengan kita – umat Islam.

Dalam keadaan hari ini yang sering kali umat Islam dikaitkan dengan elemen negatif, kita perlulah berperanan untuk menjadi contoh yang baik bagi mengubah perkara ini.

Bulan Ramadan merupakan bulan latihan bagi menjadikan kita contoh yang baik.

9. Ramadan & Persekitaran Yang Baik

Mengapakah di bulan Ramadan kita kurang cenderung kepada keburukan dan lebih sedar terhadap kebaikan? Kerana Ramadan menyediakan persekitaran sedemikian.

Allah taala mensyariatkan Ramadan dengan pelbagai program yang membentuk persekitaran yang baik untuk kita seperti syaitan dibelenggu, ganjaran diganda, pelbagai ibadah untuk dilakukan dan kita beribadah sebagai satu masyarakat bukan individu.

Apabila kita berada dalam persekitaran yang baik, kita akan lebih cenderung pada kebaikan dan sebaliknya. Apabila kita beribadah sebagai satu masyakarat atau berjamaah, kita lebih kuat dan lebih banyak berkat.

Kenapa di luar Ramadan ramai di antara kita sukar berpuasa sunat? Kerana tiada persekitaran yang mendokong kita.

Dengan ini Ramadan mengajar kita pentingnya persekitaran untuk mengubah diri kita. Carilah persekitaran itu dan wujudkanlah ia dalam kehidupan kita.

10. Dengan mengenali diri, mengurus kehidupan dan persekitaran yang baik = Yakin boleh!

Untuk mengubah diri menjadi seorang muslim yang baik selepas Ramadan, kita perlu mengenal diri sendiri, mengurus kehidupan dan berada dalam persekitaran yang baik.

Kesemua ini ada dalam bulan Ramadan. Jika kita lepaskan peluang untuk membina perkara-perkara tadi dengan kehadiran Ramadan, ditakuti tiada perubahan yang berlaku dalam hidup kita dan kita perlu menanti Ramadan pada tahun hadapan. Sedangkan ia adalah satu yang tidak pasti kerana tiada siapa yang dapat menjamin bahawa usia kita akan panjang untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan.

Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabk an.

Ambillah langkah segera untuk mengenal diri, merancang hidup peribadi dan keluarga dan mewujudkan persekitaran yang baik. Selagi kita masih bernafas, belum terlambat untuk memulakannya.