Followers

Khamis, 29 November 2007

Ibu bapa, guru sokong rotan pelajar perempuan

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Cadangan Kementerian Pelajaran menguatkuasakan hukuman rotan ke atas pelajar perempuan dan larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah mendapat sokongan ibu bapa dan guru.Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (MPPIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, hukuman rotan itu wajar diperkenalkan tetapi dikawal menerusi garis panduan khusus berhubung kaedah pelaksanaannya.“Pada dasarnya kita setuju tetapi ia perlu ada garis panduan khusus seperti hanya guru wanita sahaja yang dibenarkan untuk merotan dan ia diselia seorang lagi guru wanita,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kementerian Pelajaran untuk merotan pelajar perempuan yang melanggar peraturan sekolah mulai tahun hadapan.Selain itu, beliau mencadangkan hanya bahagian tertentu saja yang boleh dirotan dan pihak sekolah perlu memilih waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Beliau menambah bahawa cadangan merotan pelajar perempuan mungkin boleh dijadikan pilihan terakhir selepas tindakan lain diambil.Mengenai larangan telefon bimbit, Mohd. Ali menyokong sepenuhnya kerana alat itu boleh mengganggu pembelajaran dan engajaran.Cadangan hukuman rotan turut disokong oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memandangkan masalah disiplin pelajar perempuan sekarang lebih teruk berbanding dulu.Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama guru dalam seminar disiplin baru-baru ini dan dipersetujui dengan beberapa syarat.
“Guru wanita mestilah merotan di atas tapak tangan pelajar berkenaan dan bukan di bahagian yang boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk,” jelas beliau.Selain itu, katanya, pelaksanaan ini hanya untuk kes tertentu dan selepas amaran secukupnya.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), William Ghani Bina pula berkata, hukuman rotan itu wajar dilaksanakan kerana kesalahan yang dilakukan oleh pelajar perempuan sama seperti yang dilakukan oleh pelajar lelaki.Bagaimanapun, kata beliau, hukuman rotan terhadap pelajar perempuan mesti dilakukan di tapak tangan manakala lelaki di punggung.
“STU menyokong cadangan penguatkuasaan hukuman rotan terhadap pelajar perempuan yang melanggar peraturan sekolah.‘‘Lagipun ia bukan perkara baru kerana hukuman itu pernah dilaksanakan pada masa dahulu dan ia terbukti berkesan dalam mengawal disiplin pelajar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Mengenai larangan penggunaan telefon bimbit di kawasan sekolah, beliau berkata, penggunaan alat perhubungan tidak perlu kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan.Beliau berkata, penggunaan telefon bimbit oleh pelajar menyebabkan mereka leka dengan perbuatan yang tidak berfaedah seperti berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika guru sedang mengajar.Katanya, alasan ibu bapa kononnya telefon bimbit memudahkan mereka memantau keselamatan anak mereka di sekolah tidak berasas kerana guru dan pihak sekolah mempunyai telefon.

Bukan umur ahli SPR yang perlu dipinda

Apa dah jadi dengan kerajaan BN. Lain yang dipersoalkan, lain pula jawapan yang diberi. Himpunan aman anjuran Gabungan Menuntut Pilihan Raya yang Bersih dan Adil (Bersih) 10 November lalu, berjaya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atas tuntutan agar kerajaan menyelesaikan isu pelaksanaan pilihan raya yang kotor di Malaysia sekarang ini.Oleh itu, rasionalnya bersih menuntut pihak kerajaan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong agar menyelesaikan kekotoran itu melalui tindakan membersihkan senarai daftar pemilih, menggunakan dakwat celup jari bagi menandakan seseorang yang telah mengundi, menghapuskan kertas undi pos dan melaksanakan akses kebebasan media kepada semua parti politik. Namun, masyarakat Malaysia agak terkejut dengan langkah kerajaan yang telah menyepi seribu bahasa dan terus menutup mata dengan tidak melihat langsung sungutan masyarakat antarabangsa yang menstatuskan demokrasi di Malaysia sebenarnya adalah bukan demokrasi; sebaliknya mirip kepada 'autoritarian', yakni penggunaan kuasa seluas-luasnya untuk menyempitkan ruang bagi parti-parti pembangkang menikmati kebebasan berpolitik.
Sedangkan pada masa yang sama, kuasa pemerintah digunakan atas nama 'kerajaan' untuk terus membuka seluas-luasnya ruang bagi disalahgunakan oleh parti pemerintah, malah memperalatkan pihak-pihak tertentu pula untuk terus mengukuhkan kuasa parti pemerintah. Dalam hal ini, proses pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR adalah salah satu aparat parti pemerintah BN yang diperalatkan sebagai pengukuh kuasa yang ada. Sehubungan itu, berlakulah apa yang selama ini dilakukan oleh parti pemerintah. Isu ke arah pendemokrasian sistem pilihan raya di Malaysia bukannya soal umur ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi sistem yang mencorakkan akauntabiliti SPR sebagai badan pengurusan pilihan raya. Apa yang menjadi tuntutan Bersih adalah sistem yang mencorakkan proses pilihan raya di Malaysia yang perlu diperkasakan agar sejajar dengan prinsip keadilan, ketelusan dan kebersihan pengurusan dan perjalanan pilihan raya.
Jelas terbukti, kerajaan BN kepimpinan Abdullah Ahmad ini terus mensirnakan kerakusan kuasa dengan mengutamakan kepentingan peribadi yang tidak boleh disabitkan 'haram' di sisi Islam Hadhari. Justeru itu, satu hasil kajian ringkas oleh satu panel dari Pusat Inisiatif Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya (Centre for Electoral Reform Initiative) yang diketuai oleh Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif telah dikeluarkan dan disiarkan oleh Harakah cetak bil. 1348 bertarikh 1-15 Disember 2007. Dari hasil kajian itu, dikemukakan beberapa langkah penambahbaikan ke atas SPR sebagai badan pengurusan pilihan raya yang sepatutnya disegerakan demi menambahbaikan lagi status demokrasi dan proses pilihan raya di Malaysia. /tajdid
Wan Nik Wan Yussof Ngah ialah Setiausaha Pilihan Raya PAS Pusat.

Kerajaan digesa cari jalan elak kenaikan tol

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa kerajaan mencari jalan penyelesaian supaya kenaikan harga tol dapat dielakkan.Menurut exconya, Hasmuzair Hassan, umum mengetahui, kenaikan tol akan menyumbang sedikit sebanyak ke atas kenaikan harga barangan. "Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat. "Sebarang kenaikan harga akan memberi kesan langsung ke atas ekonomi rakyat jelata. Kerajaan juga tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan membenarkan kenaikan kadar tol tersebut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kabinet semalam walaupun memutuskan kadar tol empat lebuh raya tidak dinaikkan tetapi menaikkan kadar untuk enam lebih raya lain iaitu, Kadar tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, antara tujuh hingga 50 peratus bagi tempoh 2008 hingga 2010. Empat lebuh raya yang tidak mengalami kenaikan tol itu ialah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Ulu Klang (Prolintas) serta Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)-Kerinchi dan Damansara Link. Menurut Hasmuzair, Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S Samy Vellu tidak seharusnya bertindak menjadi jurucakap bagi pihak syarikat konsesi di dalam kabinet untuk menyuarakan hasrat mereka menaikkan kadar tol. Katanya, beliau seharusnya meneliti dan membuat kajian terperinci ke atas permintaan tersebut sama ada wajar atau tidak. Ini dakwanya, semasa sesi perbahasan di Parlimen, beliau secara sedar atau tidak menjadi jurucakap bagi pihak pemegang konsesi dengan menyatakan syarikat konsesi terpaksa membayar hutang bank selain membayar gaji kakitangan dan menyediakan peruntukan untuk menyelenggara lebuh raya. "Sebagai seorang menteri dan ahli parlimen yang dipilih rakyat, beliau seharusnya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, bukannya segelintir golongan korporat. Inilah yang berlaku apabila menteri lebih mementingkan golongan korporat daripada rakyat," bidasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi kes Penang Bridge Sdn. Bhd. (PPSB), jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan ialah sebanyak RM 22 juta. Sementara itu katanya, dalam satu kenyataan, Pengerusi UEM Builders Bhd. Datu' Abdul Rahim Abu Bakar mengumumkan perolehan sebanyak RM 146 juta melalui konsesi tol bagi Jambatan Pulau Pinang. Selain itu, dakwanya Plus Expressways Bhd. (PLUS) juga bercadang untuk menaikkan 10 peratus kadar tol tahun hadapan. Dalam masa yang sama, PLUS mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 583 juta bagi separuh tahun pertama 2007. Dalam kes sebegini, katanya pampasan tidak diperlukan kerana syarikat tidak mengalami kerugian, malah pampasan yang diterima dari kerajaan merupakan wang cukai rakyat hanya merupakan satu bonus bagi syarikat pemegang konsesi.
Lagi pun katanya, jumlah trafik bagi kedua- dua laluan tersebut sentiasa meningkat seterusnya meningkatkan jumlah kutipan. "Lebuh Raya Utara Selatan sejauh 846 kilometer yang mula dibina pada tahun 1988 telah mencatatkan kutipan tol sebanyak RM 15.91 bilion sehingga Disember 2006," dakwanya Ia adalah tiga kali ganda daripada kos pembinaan sebanyak RM 5.94 bilion. Seharusnya kutipan tol di lebuh raya tersebut tegasnya dimansuhkan, tetapi PLUS, anak syarikat Kumpulan UEM diberi konsesi selama 50 tahun untuk mengurus dan menyelenggara lebuh raya tersebut. "Kerajaan dicabar supaya mendedahkan semua butiran perjanjian konsesi kepada rakyat sebagai bukti ketelusan kerajaan di dalam menguruskan hal ehwal rakyat," katanya. Sehubungan itu katanya, AMK bersetuju pandangan Fomca supaya kerajaan mengkaji semula kadar tol secara tetap bagi setiap tiga tahun. Katanya, kenaikan tol haruslah berdasarkan keperluan, dan kewajaran keadaan semasa.

Menyanggah tanggapan keliru Mufti Perlis tentang politik, dakwah

Dalam artikelnya di Mingguan Malaysia, 25 November lalu (Apabila berpolitik tanpa prinsip), Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan yang pada hematnya menggunakan agama bagi kepentingan politik.Beliau antara lain menulis:"Hal ini berbeza dengan orang politik kepartian. Dia suka jika musuhnya buat salah, supaya ada isu yang boleh diperkatakan dan menguntungkan politiknya. Dia tidak gembira jika musuhnya berbuat positif. Dia akan tafsirkan kebaikan dengan wajah kejahatan atau sekurang-kurangnya akan kata 'ada udang di sebalik batu'. Jika hal yang sama dilakukannya atau puaknya, pentafsirannya berbeza. Niat musuh selalunya busuk, niatnya didakwa selalu jujur. "Bagaimana dia berfikir, demikian dia menyangka orang lain juga. Semua parti politik yang goyah prinsipnya hampir semazhab dalam hal ini. Maka dalam politik, musuh sekelip mata boleh bertukar menjadi kawan dan kawan boleh bertukar menjadi musuh. Sekalipun kawan ataupun musuh tadi belum menukar prinsipnya. Maka yang anti-Islam boleh bergabung dengan yang kononnya hendakkan Islam. Apa yang penting, sesiapa yang menguntungkan cita-cita politik 'kerusi' maka dia dianggap kawan.
"Sesiapa yang dirasakan tidak menguntungkan hasrat politiknya, maka dia musuh. Orang dakwah yang berprinsip tidak demikian…Hal inilah yang membezakan antara pendakwah dan ahli politik ala jahiliah. Maka orang dakwah mungkin berpolitik demi dakwah tetapi tidak berdakwah untuk kepentingan politik. Politik boleh bagi mereka jika mendekatkan diri kepada Islam. Bukan menampal Islam untuk politik." Adalah agak menyedihkan apabila tulisan seorang yang dianggap sebagai terdidik bukan sahaja tidak disokong bukti ilmiah tetapi begitu terkeluar daripada konteks politik moden. Sekiranya tulisan tersebut merupakan satu sindiran kepada PAS kerana PAS memperjuangkan Islam, maka apakah Umno terkecuali daripada tanggapan Sahibus Samahah sedangkan politik Umno juga bercirikan politik kepartian, bahkan Umno lebih awal didaftarkan berbanding PAS. Mungkin beliau tidak memahami makna politik kepartian seperti yang diakuinya sendiri dalam tulisan tersebut. Justeru, beliau tidak memahami perspektif atau pandangan ahli politik sesuatu parti dengan perspektif dan pandangan rakyat terhadap kerajaan dan negara. Kita semua tahu, matlamat parti politik untuk mendapatkan kerusi-kerusi dalam pilihan raya. Suka atau tidak, dan dalam keterbatasan tertentu, perebutan kerusi politik ini bercirikan politik Machiavelli di mana matlamat menghalalkan cara (sila rujuk Nicollo Machiavelli, The Prince dan Discourses on Livy yang membincangkan republikanisme).
Dalam kata lain, mereka yang menduduki kerusi kuasa akan sedaya upaya mendapatkan kembali kerusi tersebut dalam pilihan raya umum walaupun terpaksa menyogok pengundi, menggunakan jentera dan media kerajaan, menggunakan pengundi hantu dan pelbagai cara lain. Dan mereka yang belum mendapatkan kerusi kuasa pula berusaha menarik sokongan rakyat dengan berdakwah. Kalaulah berdakwah boleh diibaratkan sebagai satu cara bagi mendapatkan kerusi (dalam sebutan Machiavelli) maka sudah tentulah ia jauh lebih mulia daripada mereka yang melakukan hal yang sama dengan menyogok pengundi, menggunakan jentera dan media kerajaan, menyebabkan berlakunya proses pengundian yang tidak adil dan berat sebelah, dan pelbagai lagi muslihat yang bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang, bertentangan dengan moral kemasyarakatan tetapi juga tidak halal di sisi Islam. Jika pemimpin yang dianggap menggunakan Islam dan berdakwah kerana 'ada udang di sebalik batu' ini akhirnya berkuasa dan menjadi kerajaan, dan sekiranya mereka tidak ikhlas dalam berdakwah, rakyat setidak-tidaknya lebih yakin bahawa mereka ini takut untuk berbuat dosa dengan sewenang-wenangnya menipu rakyat. Mereka mungkin akan membuat kesilapan atau mempamerkan kesilapan, tetapi untuk sengaja melakukan pengkhianatan kepada negara dan rakyat, dengan membelakangkan undang-undang bersabit kewangan dan sebagainya atau menafikan hak keadilan seseorang dibicarakan, sebagaimana kehendak Islam dan juga seperti yang termaktub dalam konvesyen politik 'non-dictatorial', tentulah tak mungkin.
Pada perkiraan terakhir, politik adalah bagaimana keseluruhan rakyat dapat menerima sesuatu parti politik. Pernah berlaku beberapa ketika dulu apabila majoriti rakyat termasuk penyokong PAS sendiri dapat menerima Umno mengetuai kerajaan. Waktu itu peranan PAS dilihat hanya sebagai pembangkang yang bertindak dalam mekanisme 'semak-dan-imbang' untuk kerajaan.
Namun hari ini persepsi rakyat telah banyak berubah. Malah mereka yang tidak pernah seumur hidup pergi mendengar ceramah PAS juga mahukan perubahan. Dan ia bukan berlaku berpunca daripada apa yang dianggap sebagai so-called dakwah PAS tetapi kerana rakyat sudah semakin sedar betapa kuasa mutlak yang tidak dicabar untuk sekian lamanya hanya akan mengundang kepada kerosakan. Yang menjadi mangsa kelak bukan ahli politik, tetapi rakyat sendiri.
Politik bukanlah berkenaan parti politik, tetapi ia adalah berkenaan rakyat. Kita harus kembali melihat dunia sebagai satu kebun (Ibnu Khaldun). Bolehkah tukang kebun selamanya melihat buah-buahan dalam kebun tanpa diberikan habuannya sedangkan pemilik dan pentabdir kebun sentiasa dalam keadaan senang-lenang?

Bidaan nombor kenderaan, Khalil lebih hebat dari Adnan

MELAKA, 29 Nov (Hrkh) - Gejala pembaziran bukan sahaja diamalkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, tetapi rupanya turut menular kepada bekas Menteri Besar Pahang yang sekarang ini merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Khalil dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 telah melakukan bidaan bagi nombor pendaftaran MBN 1 sebanyak RM56,100 dan jumlah ini merupakan bidaan yang tertinggi bagi siri MBN.
Beliau juga turut membida nombor pendaftaran MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan kesemua nilai bidaan yang telah dibuat oleh Khalil adalah berjumlah RM78,100.
Jumlah ini juga mengalahkan bidaan tertinggi siri CCC selepas Sultan Pahang membida nombor CCC 1 pada harga RM76,000 dan Dato' Seri Adnan yang berjaya memenangi tender nombor CCC 9 pada harga RM48,000.
Nampaknya pemimpin dan bekas pemimpin dari Pahang ini mempunyai wang yang banyak dan kaya-raya, jika tidak masakan mereka boleh membida hanya untuk nombor pendaftaran kereta pada harga yang begitu tinggi sekali.
Persoalan yang bermain di benak rakyat Malaysia dari manakah mereka memperolehi kekayaan yang begitu banyak itu, apakah kekayaan itu diperolehi dari hasil yang halal atau haram? BPR perlu menyiasat dengan segera jangan bersikap 'double standard' cuma terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sahaja.
Pada masa sama, ada rakyat Pahang yang begitu memerlukan pertolongan dan pembelaan seperti keluarga Zakaria Deraman, 42, bersama isterinya Nurhamizah Mat Jusoh, 34 dan lapan orang anak mereka terpaksa tinggal di sebuah rumah yang tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan- Muadzam Shah, dekat Gambang, di Pahang.
Sebelum ini, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang, Khalil dalam isu balak.
Satu lagi laporan polis terhadap Khalil dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul baru-baru ini

Abdul Rahman jahil, syor majikan buang pekerja

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Bakar yang menyatakan bahawa majikan boleh mengambil tindakan tegas termasuk membuang pekerja yang terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) di Kuala Lumpur, Ahad lepas.Menurut Naib Ketua Angkatan Muda,Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, keadaan ini menunjukkan bahawa kerajaan sanggup mengabaikan kebajikan golongan pekerja hanya kerana mereka melaksanakan hak demokratik mereka sebagaimana yang dibenarkan melalui Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
"AMK melihat, sudah wujud satu keadaan apabila Barisan Nasional (BN) terdesak, mereka akan menggunakan seluruh upaya termasuklah memanipulasi pihak polis, dan kini golongan majikan untuk berterusan menekan rakyat supaya berterusan dijangkiti 'sindrom bisu dan lesu' untuk menentang ketidakadilan pemerintahan kerajaan BN.
"Tindakan Rahman Bakar jelas menunjukkan yang beliau jahil tentang hak asasi sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tulang belakang kepada sistem perundangan Malaysia,"jelasnya dalam satu kenyataan pada Harakahdaily semalam.
Tambahnya lagi, tindakan Abdul Rahman yang hanya bersandarkan kepada Akta Pekerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1997 dilihat jelas bersifat ultra vires dengan Artikel 10 Perlembagan Persekutuan yang terang-terangan membenarkan rakyat berhimpun secara aman.
"AMK menggesa agar pihak majikan tidak tunduk kepada gesaan kerajaan yang jelas tidak demokratik, di samping golongan pekerja perlu bingkas bangkit menyatakan hak mereka secara aman dan terbuka,"katanya

Selasa, 27 November 2007

Umpan tiket Toto

MELAKA: Berwajah sedih, berpura-pura menangis dan memerlukan wang dengan segera adalah antara taktik tiga lelaki warga asing untuk menipu perempuan dengan menunjukkan tiket Toto yang dimenangi mereka untuk ditukarkan dengan barangan kemas dan wang. Taktik yang digunakan mereka ini menyebabkan ramai mangsa kerugian kira-kira RM4,000 selepas mendapati tiket Toto yang diberikan tiga lelaki berkenaan tidak memenangi sebarang peraduan atau pertandingan. Ketua Jabatan Jenayah Komersil negeri, Superintendan Sum Cheng Keong, berkata suspek akan mendakwa mereka kononnya warga Indonesia dan tidak boleh menuntut wang kemenangan itu dan sanggup menukarnya kepada mereka yang berminat walaupun jumlah diterima tidak banyak. Beliau berkata, sepanjang November saja, terdapat empat kes penipuan tiket Toto membabitkan mangsa wanita Melayu berumur antara 38 hingga 60 tahun. Menurutnya, kes terbaru seorang wanita berumur 60 tahun dari Alor Gajah dihampiri seorang lelaki warga asing di pusat beli-belah, kira-kira 3 petang, kelmarin.Beliau berkata, lelaki itu menunjukkan tiket Toto dimenanginya berjumlah RM55,000 dan mendakwa tidak boleh menuntutnya kerana dia warga Indonesia. "Ketika itu, suspek akan menunjukkan muka sedih dengan mendakwa saudaranya kini menjalani pembedahan dan memerlukan wang segera. Warga emas itu bersetuju mengambil tiket Toto berkenaan dan menyerahkan barangan kemas dan RM4,000 kepada lelaki berkenaan."Wanita itu membawa tiket Toto itu ke pejabat Toto untuk ditukar tetapi tiket berkenaan didapati palsu. Dia menyedari ditipu lelaki berkenaan dan membuat laporan polis mengenai kejadian itu," katanya. Sum berkata, ada antara mangsa yang tidak mempunyai wang sanggup menyerahkan barangan kemas kepada suspek berikutan terpedaya dengan jumlah dimenangi lelaki berkenaan.Beliau berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan taktik lelaki berkenaan berikutan Toto tidak memberikan sehingga RM55,000. Katanya, polis sedang memburu tiga lelaki warga Indonesia berusia dalam lingkungan 40-an yang menggunakan tiket Toto palsu menipu orang ramai di negeri ini. Beliau berkata, mangsa tiket Toto ini sudah mengenalpasti wajah tiga lelaki itu dan polis tidak dapat mengesan mereka berikutan menggunakan alamat di Indonesia. Katanya, polis percaya ramai warga asing melakukan penipuan menggunakan tiket Toto dan loteri berikutan mereka sering bertukar tempat mencari mangsa. Menurutnya, sejak awal tahun sehingga sekarang, 13 kes membabitkan sindiket penipuan tiket loteri dan Toto dilaporkan di negeri ini.

Jual DVD lucah di restoran

MELAKA: "24 jam untuk satu DVD lucah." Itulah antara tarikan digunakan penjual DVD warga China ketika mengunjungi restoran dan kedai makan di negeri ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superintendan Sum Cheng Keong, berkata dalam satu set DVD lucah itu ada dua DVD dan harga ditawarkan kira-kira RM40. Bagaimanapun, harga pembelian DVD berkenaan boleh dirundingkan dan kebanyakan aksi lucah yang dijual itu dari negara China. Menurutnya, walaupun kualiti DVD itu tidak berapa baik, ramai pelanggan membelinya untuk menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Dalam serbuan pagi semalam di Kampung Tujuh, Bachang, polis merampas 19 set DVD lucah dari luar negara yang disorok di belakang kedai makan oleh penjual warga China. Selain itu, katanya, sekumpulan polis dari Jenayah Komersil negeri diketuai Deputi Superintendan Soh Sock Seng turut membuat serbuan di kedai makan di Taman Sin Hoe, Bukit Baru dan dua restoran di Kampung Tujuh, Bachang antara jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.Dalam serbuan itu, polis merampas 936 set VCD dan DVD yang disorok di belakang kedai berkenaan. Menurutnya, kebiasaannya penjual warga China itu meninggalkan barangan mereka di situ apabila menyedari kehadiran polis. Katanya, ini menyebabkan polis sukar menangkap penjual VCD dan DVD berkenaan berikutan mereka sanggup mengalami kerugian daripada ditangkap polis.Menurutnya, mereka membawa beg kecil dan datang ke meja pengunjung dengan menunjukkan VCD atau DVD serta menjualnya dengan harga murah, manakala beg sebenar disorok di belakang restoran atau kedai makan.Beliau berkata, selain menjual VCD atau DVD, mereka turut menjual perangsang sek dan paip merokok kepada mereka yang berminat.Katanya, sejak awal November hingga kini, polis merampas 119 VCD, termasuk 57 VCD lucah serta 2,045 DVD termasuk, 228 lucah. "Polis turut membuat serbuan di pasar malam dan mendapati ada peniaga berkenaan meletakkan VCD dan DVD di tepi longkang tanpa sesiapa menjaganya. "Polis membuat intipan setengah jam di pasar malam Malim Jaya dan Taman Peruna, Sungai Udang untuk menangkap peniaga berkenaan, tetapi peniaga itu tidak muncul dan merampas barangan berkenaan," katanya. Sum berkata, polis akan membuat pemantauan dan operasi setiap hari bagi menghapuskan penjualan VCD atau DVD cetak rompak atau lucah.

LETAK HARGA MAHAL SANGAT SIAPA SURUH ???

Rakyat Malaysia ramai kahwin warga asing
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedar bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing semakin meningkat.Setiausaha Parlimennya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim berkata, bagi tempoh tiga tahun sehingga 2006, seramai 19,633 lelaki tempatan mengahwini wanita asing.Tambahnya, jumlah wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki asing pula adalah sebanyak 5,557 orang.Menurut beliau, kementeriannya bersama agensi penguat kuasa lain sentiasa memantau setiap perkahwinan itu bagi memastikan ia mematuhi undang-undang negara.‘‘Kerajaan sentiasa memantau perkahwinan-perkahwinan itu bagi memastikan ia mempunyai dokumen-dokumen yang sah serta mematuhi undang-undang negara,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.Menurut Abdul Rahman, warga asing yang memasuki negara ini dengan menggunakan permit kerja tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan.‘‘Sekiranya mereka hadir untuk mendaftar perkahwinan mereka, pihak berkuasa akan menangkap mereka dan diusir (dari negara ini),” ujarnya.
Menjawab soalan tambahan Teresa Kok (DAP-Seputeh), beliau memberitahu, terdapat pelbagai cara dilakukan lelaki asing yang berkahwin dengan wanita tempatan untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini.‘‘Sekiranya lelaki berkenaan mempunyai kelayakan secukupnya maka dia boleh memohon untuk bekerja setelah pulang ke Malaysia bersama isterinya. Lelaki berkenaan perlu membuktikan bahawa kelayakan yang ada padanya diperlukan di negara ini,” jelasnya.

SIAPA SURUH CARI PASAL DAN BUAT PASAL ...

KOTA BHARU 26 Nov. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul untuk menggantung keanggotaan Nozula Mat Diah (BN-Paloh) dan Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) selama enam bulan sekiranya mereka masih tidak meminta maaf kepada Speaker DUN, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah.Ini berikutan kenyataan kedua-dua wakil pembangkang itu di luar Dewan kepada pihak media, 21 November lalu yang didakwa mempertikai kedudukan Speaker.Bagaimanapun usul berkenaan tidak menetapkan jangka masa tertentu untuk Nozula dan Mohd. Adhan memohon maaf kepada Wan Abd. Rahim sebaliknya hanya menegaskan permohonan maaf tersebut perlu dikemukakan dengan kadar segera.Mereka berdua ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya menegaskan tidak akan berbuat demikian kerana percaya apa yang mereka katakan adalah benar.Ketika mencadangkan usul tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa kenyataan Nozula dan Mohd. Adhan itu telah menyalahi peraturan Dewan kerana mempertikai keputusan Speaker.
Katanya, ini seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan The Star yang memetik kedua-dua mereka antaranya mendakwa Speaker tidak berlaku adil dan mengabaikan peraturan DUN.‘‘Sehubungan itu, jika kedua-dua anggota pembangkang itu masih lagi enggan meminta maaf maka usul ini mencadangkan mereka digantung tugas selama enam bulan dari tarikh usul ini diluluskan.‘‘Ini seperti mana yang termaktub dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang diguna pakai dalam mengusulkan hal ini,” katanya yang kemudian disokong Hassan Mohamood (Pas-Tangok) di sini hari ini.Kenyataan media itu dibuat pada 21 November lalu di luar Dewan apabila Nozula digantung ekoran keengganannya mematuhi arahan Sepaker agar duduk ketika menuntut giliran berucap semasa sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan.Wan Abdul Rahim mengerahkan beliau duduk kerana gilirannya belum tiba walaupun seorang lagi wakil pembangkang yang diminta berucap tidak bangun.

UMNO BELA RAKYAT KE BEDAL RAKYAT ???

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berjaya menjalankan tugasnya sebagai pemimpin bagi kaum India.
Menurut beliau, sekiranya Samy Vellu gagal menjalankan tanggungjawab tersebut, sudah tentu masyarakat India akan merasakan hak mereka dinafikan sejak dulu lagi.
‘‘Samy Vellu adalah rakan kongsi yang begitu lama dalam kerajaan dan begitu juga dengan MIC. Parti MIC telah menjadi rakan kongsi yang cukup lama dengan Barisan Nasional (BN).
‘‘Jika Samy Vellu tidak berkuasa atau gagal menjalankan peranannya, pasti masyarakat India merasakan hak mereka dinafikan sejak dulu lagi (bukan sekarang),’’ katanya selepas melancarkan monorel yang dibangunkan oleh Scomi Group Berhad di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak tertentu kepada Samy Vellu dengan menyatakan Menteri Kerja Raya itu tidak mempunyai kuasa untuk membela nasib masyarakat India di negara ini.
Sementara itu, Najib menyifatkan penubuhan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) sebagai satu langkah yang mampu melengkapkan lagi tugas serta peranan yang dilaksanakan oleh MIC selama ini.
‘‘MIUP secara terbuka telah memberi sokongan kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) dan ini satu perkembangan yang amat baik.
‘‘Tidak kira mereka berada di dalam atau di luar BN kerana bagi saya apa yang lebih penting mereka menyokong kita,’’ katanya.

Ganasnyer ... Macam Budak Sekolah Rendah

Sidang DUN Kelantan tercemar, Nozula tendang Zaki Ibrahim!
KOTA BHARU, 27 Nov (Hrkh)- Persidangan kali ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke empat Dewan Undangan Negeri Kelantan mencatat sejarah terburuk apabila Dato' Nozula Mat Diah(BN-Paloh) bertindak menendang Mohd Zaki Ibrahim(PAS- Kelaboran) sewaktu sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam. Kejadian memalukan itu berjaya dirakamkan selama hampir dua minit dan aksi biadapnya boleh ditonton oleh semua pihak di laman web yang sentiasa menyiarkan perkembangan secara langsung Sidang Dun Kelantan. Insiden bermula apabila Dato' Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia , Zulkifli Mamat terhadap soalan yang dikemukakannya mengenai perkembangan projek Afta City Rantau Panjang bahawa projek tersebut telah dibatalkan.
"Permasalahan sekarang ialah kerajaan ingin memperbetulkan kenyataan bahawa ada exco yang hadir dalam perasmian tersebut. Kita ingin memperbetulkan kenyataan yang menyebabkan tuduhan daripada pihak YB (BN).
"Kita tidak mahu YB yang dipilih,kutip bawa cerita tepi jalan dan bawa naik ke dewan. Adakah hendak perbetulkan ini salah, "kata Zulkifli yang diikuti ketukan di meja oleh beberapa Adun.
Nozula tendang Zaki
Kata-kata Zulkifli itu menimbulkan kemarahan Nozula yang bangun dan menyifatkan jawapan Zulkifli itu sebagai 'tidak cerdik' dan menganggap pihak kerajaan negeri menuduh pihak pembangkang bodoh dan tidak mempedulikan teguran speaker supaya beliau duduk.
Keadaan menjadi semakin panas apabila Nozula mengambil serius kata-kata usikan daripada Zaki Ibrahim yang menimbulkan kemarahannya.
"Bagi peluang aku keccek lepas ni,"kata Nozula dengan nada yang keras.
Kata-kata Zaki supaya Adun Paloh itu meminta maaf kepada dewan dan meyatakan beliau bersikap kurang ajar menyebabkan Nozula bertindak diluar jangkaan.
"Mu yang kurang ajar," katanya sambil bertindak menyerang Zaki.
Tindakan Nozula itu cuba dihalang oleh beberapa Adun termasuk Saufi Deraman(BN-Galas) dan Abdul Halim Abdul Rahman(PAS- Chetok) yang berada bersebelahan Zaki.
Walaupun dihalang Nozula sempat melepaskan tendangan terhadap Zaki. Suasana dewan menjadi sedikit kecoh dan terpaksa ditenangkan oleh Speaker.
Sebelum ini, pada persidangan Dun 21 November, Nozula digantung sementara daripada menyertai persidangan pada hari tersebut yang mana Speaker menggunakan peraturan 51(3) bagi menggantung anggota Dewan Negeri yang enggan mematuhi arahan dan melakukan tindakan melampau-lampau semasa permesyuaratan berlangsung

Pulau Batu Puteh: Siapa lebih bersedia?

Sekiranya Malaysia menang perbicaraan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di bandar raya The Hague, Belanda, bagi mendapatkan Pulau Batu Puteh, puji-pujian yang melimpah luah pastinyalah akan diberikan kepada perwakilan negara.Tetapi seandainya Malaysia gagal, pasti ada orang dan pihak yang akan berkata ia adalah kehendak takdir maka kita terima sahajalah. Menyalahkan takdir sudah menjadi amalan ramai pembesar di Malaysia. Tanah runtuh, salahkan takdir, bangunan runtuh, salahkan takdir, mayat bergelimpangan di jalan raya, salahkan takdir. Menurut laporan terbaru Bernama dari The Hague, perwakilan Malaysia sudah bersedia untuk mengemukakan pusingan terakhir penghujahan lisannya bagi mematahkan hujah-hujan Singapura. Kita berdoa dan berharap mereka tidak menghampakan nagara. Di seberang Tambak Johor pula, jika mereka menang, mereka akan mendabik dada mengatakan kemenangan itu memang sudah dijangkakan kerana mereka mengemukakan perwakilan yang cekap dan berwibawa. Tetapi seandainya mereka kalah, sesuatu yang tidak menyenangkan pasti akan berlaku kepada anggota perwakilan itu, sama ada secara terbuka atau diam-diam. Takdir bukan suatu alasan yang kuat bagi melindungi kegagalan bagi pemerintah negara pulau itu. Kalau Malaysia menang dan kemenangan itu disebabkan pencapaian perwakilannya, maka pastilah ada orang akan mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia mempunyai kemampuan minda yang hebat dan superior.
Mengapa saya berkata begitu? Kerana dari sudut perwakilan, Singapura jelas mengemukakan sebuah pasukan peringkat tinggi yang cukup hebat. Manakala kita hanya menghantar perwakilan peringkat pegawai. Pasukan Singapura, mengikut laporan media, diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dan Menteri Undang-Undang, Prof. S. Jayakumar dan dibantu oleh Ketua Hakim Negara Chan Sek Keong, Peguam Negara Chao Hick Tin dan Duta Bebas (Ambassador-at-Large) Prof. Tommy Koh.
Mereka disokong pula oleh panel peguam antarabangsa yang terdiri daripada Ian Brownlie Q.C, Prof. Alain Pellet, Rodman Bundyn dan Loretta Malintoppi. Manakala pasukan Malaysia dikepalai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga berupa kepala delegasi Malaysia bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura. Umum tentu tahu apa yang terjadi kepada rundingan berkenaan - projek di wilayah Malaysia sendiri terpaksa dibatalkan kerana kononnya ditentang dan diancam oleh Singapura! Abdul Kadir dibantu oleh Duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin dan Peguan Negara Abdul Ghani Patail dan disokong oleh panel perundangan antarabangsa terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden, Belanda, Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland, dan Penelope Nevill, Downing College, Universiti Cambridge.
Hakim-hakim perbicaraan adalah Raymond Ranjeva, (Madagascar), Shi Jiuyong (China), Abdul G. Koroma (Sierra Leone), Gonzalo Parra Aranguren (Venezuela), Thomas Buergenthal (Amerika Syarikat), Hisashi Owada (Jepun), Bruno Simma (Jerman), Peter Tomka (Slovakia), Ronny Abraham (Perancis), Kenneth Keith (New Zealand), Bernardo Sepulveda Amor (Mexico), Mohamed Bennouna (Maghribi) dan Leonid Skotnikov (Rusia). Pembabitan peringkat menteri bagi Malaysia, menurut sebuah laporan Bernama, hanyalah kehadiran Menteri Luar Syed Hamid Albar di The Hague pada 12 November "untuk menunjukkan sokongan" kepada pasukan Malaysia. Kita berdoa bahawa menjelang Jun tahun hadapan, apabila mahkamah membuat keputusan, Pulau Batu Puteh dan dua pulau kecil berdekatannya menjadi milik kita yang sah. Seandainya tidak, janganlah kita salahkan takdir bulat-bulat. Mesti ada orang yang memikul bertanggungjawab kegagalan itu!
Bukankah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri sering mengingatkan bahawa "failure is not a choice" - kegagalan bukan suatu pilihan?

Penyelewengan pilihan raya, Anwar cabar PM cakap benar!


KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bercakap benar dalam melayani isu penyelewengan dalam pilihan raya di negara ini.Dalam sidang medianya di Kuala Lumpur semalam, Anwar membidas kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa pilihan raya di negara ini berjalan secara adil. Bagi Anwar, sesuatu yang mustahil jika Perdana Menteri atau Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak mengetahui mengenai perjalanan pilihan raya di negara ini. "Saya mencabar Abdullah supaya bercakap benar mengenai pilihan raya di dalam negara kita dan bukannya berterusan bercakap bohong," katanya. Anwar juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengambil perhatian kepada pelbagai bukti yang diserah KeADILan mengenai penyelewengan pilihan raya. Menurut Anwar, meskipun pelbagai bukti telah diserahkan namun badan yang seharusnya menjaga soal integriti, ketelusan dan kebebasan dalam pilihan raya itu sedikitpun tidak melihat aduan tersebut. "Kita telah memberi kepada SPR beberapa tahun lalu senarai pemilih yang tidak sama, pemindahan pengundi, senarai pengundi pos, senarai pengundi mati tetapi masih mengundi.Tetapi apa yang SPR buat kepada bukti-bukti yang diberikan diberikan oleh pembangkang termasuk KeADILan," ujarnya. Dalam sidang media yang sama, Anwar juga mengumumkan bahawa rundingan pembahagian kerusi antara parti pembangkang di kawasan bertindih sedang berjalan dan dijangka selesai tidak lama lagi. Pembahagian tersebut kini mencapai peringkat akhir dan jumlahnya tidak banyak dan membabitkan dua atau tiga negeri sahaja, kata Anwar. Rundingan pembahagian kerusi KeADILan diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Tan Sri Khalid Ibrahim, dibantu Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub; Ketua Penerangan, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT), Johari Abdul

Provokasi polis punca himpunan kecoh, dakwa Ustaz Nasharudin


KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, himpunan yang dianjurkan pembangkang termasuk PAS akan berjalan secara aman tanpa gangguan polis. Sebaliknya kata beliau perhimpunan aman akan menjadi kecoh apabila pihak polis membuat provokasi dan bertindak keras ketika menyuraikannya, kata Ustaz Nasharudin dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut semalam. Ujarnya lagi, himpunan akan bertukar kecoh seperti yang berlaku dalam perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di ibu negara ahad lalu kerana gangguan polis. PAS pernah mengadakan perarakan secara besar-besaran dari Masjid Kampung Baru ke Kedutaan Denmark dalam isu karikatur Nabi Muhammad tahun lalu, tetapi tiada kekecohan berlaku.
Selain itu PAS juga pernah mengadakan perarakan membabitkan ribuan orang ke Kedutaan Amerika bagi membantah pencerobohan negara itu ke atas Afghanistan, namun tiada sebarang kekecohan berlaku. Begitu juga dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu berjalan lancar dan aman kerana tiada gangguan polis. Sebaliknya, di Masjid Jamek pada hari yang sama, berlaku kekecohan kerana adanya provokasi polis, ujarnya. "Saya tidak nampak perhimpunan anjuran Hindraf itu akan menimbulkan kekecohan kerana penganjur sendiri memberi jaminan ia satu perhimpunan aman. "Dan pihak polis pula perlu membantu Hindraf untuk memastikan keamanan sepanjang perhimpunan tersebut, " katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Nasharudin berkata, tiada sebab polis tidak membenarkan Hindraf berhimpun dan menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British. Meskipun PAS tidak terlibat dengan himpunan itu (Hindraf), tetapi PAS berpendirian hak mereka untuk berhimpun perlu dihormati. Kerajaan perlu melihat bahawa perhimpunan anjuran Hindraf tiada kena mengena dengan kerajaan Malaysia sebaliknya ia adalah himpunan untuk menyampaikan memorandum kepada British.

Kes Anwar Perlu Dikalahkan ???

JASIN, 26 Nov (Hrkh) - Perjalanan sistem kehakiman negara yang semakin kelam-kabut dan bercelaru kini membangkitkan persoalan di manakah maruah kita sebagai sebuah bangsa yang bebas merdeka sejak 50 tahun yang lalu.Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan, di manakah maruah rakyat yang merdeka apabila Ketua Hakim Negara boleh ditentukan oleh peguam yang penipu, tauke judi dan pemimpin Umno.
"VK Lingam seorang peguam yang kaya bukan kerana dia pandai, Bahasa Inggeris dia pun lebih kurang Bahasa Inggeris Menteri Penerangan tapi semua kesnya menang.
"Beliau merupakan rakan kongsi tauke judi Vincent Tan dan berpakat dengan pemimpin Umno Tengku Adnan boleh atur siapa naik Ketua Hakim Negara siapa turun, kes mana menang kes mana kalah dan kemudian dalam video yang saya tak keluarkan lagi dia sebut kes Anwar pun mesti dikalahkan," kata beliau ketika menyampaikan ceramahnya di hadapan ribuan orang yang hadir di kampung Tedong, di sini, baru-baru ini.
Dalam ceramahnya itu juga Anwar bertanya,"mana maruah kita sebagai sebuah bangsa apabila yang melantik Ketua Hakim Negara tauke judi, peguam penipu dengan tokoh Umno yang rasuah?
"Mana pemimpin Umno yang hebat, bawa keluar keris kamu datang ke kampung janji nak bela nasib orang Melayu, saya nak tanya apa jenis bangsa yang tak ada maruah yang benarkan tauke judi atur siapa Ketua Hakim Negara dan kamu biarkan saja dan tak pedulikan nasib bangsa," katanya.
Beliau menambah,"sebab itu saya katakan masalah ini bukan masalah politik tapi ini masalah maruah bangsa dan negara, negeri ini orang Melayu, Cina dan India, kita kena bertanggungjawab menjaganya."
Anwar turut menjelaskan, isu beliau diugut akan ditangkap sekiranya tidak keluarkan cerita sebenar adalah untuk mengalihkan daripada isu sebenar dalam negara kita bahawa Ketua Hakim Negara boleh ditentukan oleh kelompok macam ini.
"Pernah kita dengar 50 tahun merdeka hakim seteruk ini? Pernah kita dengar 50 tahun merdeka kes polis dengan gangster, jenayah begitu banyak seperti kes bunuh baik kes kecil tak selesai sampai kes bunuh yang besar Altantuya pun tak selesai.Sebab apa tak selesai, sebab melibatkan orang besar.
"Orang Umno ni takkan tak ada prinsip agama, takkan tak tahu hukum, saya tak tuduh Najib bunuh wanita Mongolia itu tapi semua rakyat tau yang bunuh itu orang yang terlibat dengan dia, rapat dengan dia, pegawai dia, mengapa dia tak ditanya.
"Letup pula guna bom dari Kementerian Pertahanan, dia kata dia tak kenal tapi ada keterangan di mahkamah bahawa sepupu Antantuya mengatakan dia ada tengok gambar Najib makan di restoran di Paris, hakim kata tak relevan ini macam dalam filem Hindustan," katanya.

Selasa, 20 November 2007

Pasukan khas pantau pilihan raya ke-12

PUTRAJAYA 19 Nov. – Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel), sebuah badan bebas, telah menubuhkan satu pasukan khas bagi tujuan pemantauan secara menyeluruh pilihan raya umum ke-12.Pengerusinya, Abd. Malek Hussin berkata, pasukan itu terdiri daripada lapan anggota dan akan dibahagikan kepada empat wilayah.‘‘Wilayah utara akan diketuai oleh Ong Boon Keong, pantai timur (Dr. Abdul Halim Yusof), wilayah tengah dan selatan (Badarudin Ismail) manakala Sabah dan Sarawak oleh Mark Bujang.‘‘Dalam hal ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberikan sokongan kepada kita untuk memantau pilihan raya umum akan datang dan bagi mendapatkan dana awam untuk tujuan pemantauan itu,” katanya.Beliau berkata demikian selepas menyerahkan laporan akhir pemerhatian ke atas tiga pilihan raya kecil di Batu Talam, Machap dan Ijok yang diadakan sebelum ini kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman di sini hari ini.Mengenai pertemuan dengan Rashid, Abd. Malek berkata, beberapa cadangan dikemukakan oleh Mafrel untuk meningkatkan prestasi amalan pilihan raya di negara ini.‘‘Kami gembira kerana SPR bersetuju untuk menerima kedatangan Mafrel. Kami telah mendapat pengiktirafan daripada SPR dan mereka memperakui kepentingan sesuatu usaha pemantauan domestik secara bebas dan adil,” jelasnya.Dalam laporan yang dikemukakan itu, kata Abd. Malek, ada kelemahan telah diperbaiki, sedang dan dalam rundingan untuk diperbaiki oleh SPR dan badan berkenaan memberikan reaksi yang positif.
Sementara itu, Rashid berkata, pihaknya mengambil berat mengenai laporan yang dikemukakan oleh Mafrel dalam usaha SPR menangani pelbagai kelemahan yang ada.
‘‘Namun kita menerimanya menurut kerangka undang-undang yang diperuntukkan kepada kita. Kita juga telah mengadakan pilihan raya mengikut standard yang ditetapkan.
‘‘Kita telah menggunakan dakwat dan kotak undi lut sinar. Semua ini SPR sendiri yang buat kajian, namun Mafrel kemukakan cadangan yang berguna,” katanya.

Pembangkang sedia hadapi pilihan raya bila-bila masa

KOTA BHARU 19 Nov. – Pas dan pakatan pembangkang kini bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa walaupun parti itu mendakwa ada usaha untuk memastikan pembangkang berada dalam keadaan agak lemah.Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, soal agihan kerusi bagi memastikan peluang kemenangan lebih baik kini sudah mencapai tahap 95 peratus manakala manifesto akan dimuktamadkan esok sebelum dicetak.Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan butiran terperinci mengenai agihan kerusi dan sama ada manifesto itu akan digunakan untuk semua negeri atau akan ada manifesto berasingan bagi negeri tertentu.Namun, Husam menafikan pembangkang kini terdesak dan cuba mengheret institusi raja bagi membolehkan pilihan raya lebih awal diadakan dengan penglibatan bersama lebih 60 pertubuhan dalam perhimpunan baru-baru ini.‘‘Ini bukan soal mahu pilihan raya awal atau lambat. Di negara lain seperti Bangladesh, kerajaan tetapkan atau umumkan tarikh beberapa bulan lebih awal. ‘‘Dengan sendirinya semua pihak dapat bersiap dan tidak teragak-agak menghadapi pilihan raya,” ujar beliau.Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-11 di Kota Darulnaim di sini hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.Husam menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa pembangkang kini dalam keadaan terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum dengan sanggup mengaitkan institusi beraja dalam perhimpunan haram.Perdana Menteri dilapor berkata, melalui cara itu, pembangkang berharap pilihan raya umum dipercepatkan sedangkan yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sendiri menegaskan baginda tidak memberikan perkenan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu.Menurut Husam, terserah kepada kerajaan sama ada mahu melaksanakan pilihan raya lebih awal atau tidak kerana ia terpaksa juga dilalui oleh parti-parti pembangkang.Katanya, usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyerahkan memorandum adalah untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong dengan kedudukannya dalam perlembagaan negara, mendengar rungutan rakyat.‘‘Seperti imam, kalau suami isteri bergaduh, beliau dirujuk untuk mendengar masalah berbangkit. Tak bolehlah dikatakan kita nak heret imam dalam pergeseran rumah tangga,” ujarnya.Beliau percaya, ‘teori pendulum’ akan memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya kali ini dengan merujuk kepada contoh pilihan raya umum 1964 ketika parti kerajaan menang besar tetapi merudum dalam pilihan raya umum 1969.‘‘Selepas menang besar, kerajaan dalam keadaan agak selesa sehingga masalah rakyat terabai. Apa yang dilakukan lebih banyak bercakap dan ciri-ciri itu hampir ada sekarang,” ujarnya.

Sedia letak jawatan jika SPR tipu

PUTRAJAYA 19 Nov. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini. Bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan berdasarkan kepada tuduhan-tuduhan liar yang hanya memberikan imej buruk kepada SPR.Beliau yang terlibat mengendalikan enam pilihan raya umum sebelum ini berkata, belum pernah ada satu pihak pun yang datang kepadanya dan membawa bukti berlaku penipuan dalam pilihan raya kecil atau umum. ‘‘Kalau mahkamah menyatakan ada penipuan dalam pilihan raya sebelum ini dan SPR bertanggungjawab, saya akan melepaskan jawatan, begitu juga dengan panel SPR yang lain.‘‘Jangan pukul SPR tanpa bukti, jangan memperkecilkan SPR. Ada orang yang sebelum ini dalam kerajaan tetapi apabila masuk pembangkang, semua tak kena... masa dia (dalam kerajaan) semua kena. Kenapa tak pinda masa dalam kerajaan? Saya telah melalui semua ini,” katanya.Rashid berkata demikian selepas menerima laporan akhir berhubung pemerhatian ke atas tiga pilihan raya kecil tahun ini iaitu di Batu Talam (28 Januari), Machap (12 April) dan Ijok (28 April) daripada Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) yang diwakili oleh pengerusinya, Abd. Malek Hussin.Menurut Rashid, beliau amat sedih dengan pihak tertentu yang menuduh SPR melakukan penipuan namun tidak ada bukti yang diberikan. ‘‘Mereka bagi imej yang amat buruk kepada luar negara... ada tipu tapi tipu apa? Anda bercakap dengan orang yang mempunyai pengalaman, kalau ada penipuan dan disebabkan oleh SPR, tunjukkan di mahkamah.‘‘Mereka tak boleh pergi ke jalan (demonstrasi jalanan) dan melaungkan slogan bagi tahu SPR menipu dan seolah-olah kerajaan yang ada sekarang ini tidak sah,” ujarnya.Beliau menjelaskan, semua perkara berkenaan dilakukan berdasarkan kepada perasaan curiga sedangkan SPR sentiasa telus serta adil mengikut kerangka undang-undang yang ditetapkan ke atas badan itu.Ditanya mengenai tarikh persaraannya pada 31 Disember ini, Rashid memberitahu, beliau tidak mengetahui sama ada jawatannya akan disambung atau tidak dan belum menerima sebarang notis mengenainya.Mengenai undi pos, beliau memberitahu, ejen setiap calon bertanding akan dibenarkan untuk diletakkan di kem-kem tentera dan balai polis bagi memantau proses pembuangan undi.Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak membantah cadangan berkenaan.Mengenai pilihan raya umum ke-12, Rashid enggan mengulas lanjut namun memberitahu ia akan diadakan tidak lama lagi.
‘‘Tak payah tanya apa yang saya cakap dengan Perdana Menteri, selalunya beliau telefon tanya saya dah makan ke? SPR hanya menentukan tarikh pilihan raya selepas Parlimen dibubarkan,” katanya

Rahsiakan tarikh pilihan raya, bukti SPR perkakas BN

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Tindakan kerajaan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyatakan bahawa 'tarikh pilihan raya umum (PRU) telah pun diketahui' memperlihatkan satu lagi permainan politik kotor Pengerusi SPR yang menjadi dalang Umno-BN.Selain merahsiakan tarikh itu dari pengetahuan umum, paling menyedihkan ia memalukan rakyat kerana Umno terpaksa menggunakan taktik tersebut supaya parti lain seolah-olah duduk dalam keadaan 'tidak selesa' dan tertanya-tanya bila tarikh sebenar pilihan raya. Tindakan ini menjauhi amalan demokrasi di negara maju yang lain yang akan mengumumkan tarikh pilihan raya lebih awal antaranya sebulan atau tiga bulan dari tarikh pembubaran parlimen. Sikap berpura-pura Pengerusi SPR menyatakan pilihan raya di negara ini dijalankan secara bersih dan adil amat mengecewakan memandangkan beliau merelakan badan yang dilantik Yang di-Pertuan Agong itu diperguna oleh parti politik.
Amat malang lagi, kesediaan Pengerusi SPR untuk dilacurkan oleh parti politik hanya membuatkan beliau semakin tidak dihormati. Kenyataannya mengenai kesediaan untuk SPR mengatasi permasalahan dalam proses perjalanan pilihan raya hanyalah 'wayang kulit' semata-mata memandangkan tindakan susulan yang akan dilakukan selepas itu hanya untuk 'melepaskan batuk di tangga' sahaja. Cadangan dari PAS mengenai penghapusan undi pos, semakan daftar pemilih dan penggunaan dakwat kekal sehingga kini dipandang sepi SPR. Malang sekali SPR yang dianggap sebagai pengadil dalam perlawanan antara dua pasukan tidak menyediakan 'padang yang sama rata' untuk kedua-dua pasukan melakukan penyudah yang lebih baik, telus dan bijaksana. Rakyat pula dipermainkan dengan retorik kosong pimpinan kerajaan merangkap pimpinan BN yang seolah memperbodoh rakyat melalui saluran akhbar pro BN. Sejak beberapa bulan lalu, jentera kerajaan terutamanya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan Penerangan dan Kementerian Pelajaran diperguna untuk mejadi 'pendakyah' memancing undi rakyat. Tanpa 'isyarat' dan 'signal' pilihan raya jentera kerajaan terus dipergunakan di segenap lapangan masyarakat dengan pengumuman projek di sana-sini dan janji pilihan raya yang ditaburi. Nyata sekali, Umno-BN menggunakan jentera kerajaan termasuk semasa kempen pilihan raya, namun SPR sedikitpun tidak mengendahkannya.
Jika di negara lain, seperti India, penggunaan jentera kerajaan adalah salah dalam akta pilihan raya mereka, namun Malaysia lebih hebat dari India, SPR sendiri boleh dipergunakan oleh parti politik. Nyatalah, dari kenyataan Pengerusi SPR, menampakkan badan itu memulakan semula lagu-lagu 'keroncong untuk BN' seperti pilihan raya terdahulu. Kesengajaan dan kerelaan SPR diperguna Umno-BN ini nyata sekali satu langkah 'pengecut' yang terbayang dari jentera BN pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Seperti kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar bahawa jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat ini, PAS tidak yakin SPR akan jalankan pilihan raya dalam keadaan bersih. Oleh sebab itu PAS merasakan ada baiknya pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat ini sehingga usaha bersihkan SPR berlaku, katanya.

Pengerusi SPR hina Yang di-Pertuan Agong - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Tindakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 merupakan satu kenyataan yang jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kenyataan Tan Sri Rashid bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 itu jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. "Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa memperkenankan pembubaran Parlimen merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong setelah menerima permohonan dari Perdana Menteri. "Apabila Tan Sri Rashid sewenang-wenangnya mengisytiharkan yang beliau telah tahu akan tarikh pilihan raya bermakna beliau telah bertindak membelakangkan sama-sekali kuasa Yang di-Pertuan Agong itu, sekaligus membelakangkan undang-undang tertinggi negara dan ini merupakan satu tindakan yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Oleh itu, katanya, PAS mendesak agar pihak istana, sebaik-baiknya melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, segera mengeluarkan kenyataan meminta agar Tan Sri Rashid menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong. "Malah PAS menjadi bertambah ragu dan keliru berikutan kenyataan Perdana Menteri di Kuala Terengganu semalam bahawa beliau sendiri hairan bagaimana Tan Sri Rashid boleh mendakwa yang ia tahu akan tarikh tersebut sedangkan Perdana Menteri sendiri kononnya belum menentukannya. "Ini membuktikan yang Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong telah berbohong secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,"tambahnya. Ujarnya, bagi PAS ketidaktentuan terhadap tarikh pilihan raya umum di Malaysia adalah bukti betapa tidak demokratiknya negara ini berbanding negara-negara maju yang lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Khairy dan Nazri buta erti demokrasi - Dr Lo' Lo

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Baru-baru ini, stesen berita antarabangsa, Al-Jazeera telah menayangkan program debat antara beberapa tokoh politik di negara ini antaranya, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Tan Sri Aziz dan seorang peguam, Malik Imtiaz Sarwar. AJK PAS Pusat, Dr Lo'Lo Ghazali yang menyaksikan perdebatan antara tiga panel itu berkata, topik yang menjadi bahan perbincangan ialah, peristiwa himpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 10 November selain isu amalan demokrasi di negara ini. Dalam perdebatan itu kata Dr Lo' Lo', jelas Khairy dan Nazri tidak faham bahawa hak untuk berkumpul adalah hak asasi semua rakyat bagi sebuah negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Kedua-dua pemimpin Umno itu gagal memberikan alasan yang kukuh mengapa kekerasan terpaksa digunakan pada 10 November 2007, katanya. Mereka gagal untuk memjustifikasi tindakan polis menggunakan air kimia dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perkumpulan, katanya. Kata Dr Lo' Lo lagi, kedua-dua pemimpin Umno itu gagal untuk menjusfikasi penangkapan lebih 80 peserta; tindakan polis mengepung Dataran Merdeka bagi menghalang peserta berkumpul di sana, katanya. Pada waktu yang sama, laporan Al Jazeera juga menunjukkan semburan air kimia dan gas pemedih mata digunakan bagi menyuraikan peserta 10 November.
"Kedua-dua mereka gagal membuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, setelah secara jelas pihak polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat hanya kerana rakyat memilih untuk menyatakan perasaan mereka," katanya. Polis secara ganas memijak lutut seorang pemerhati yang tidak melawan dan tidak bersenjata sehingga lutut orang tersebut hancur serta terpaksa dibedah, katanya. Khairy juga cuba untuk menggunakan alasan peristiwa Batu Buruk sebagai bukti keganasan pembangkang, tetapi beliau terlupa bahawa di Batu Buruk orang awam telah ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis, kata Dr Lo' Lo. Seharusnya pihak polis yang dipersalahkan kerana tempat tersebut telah dilangsungkan perhimpunan-perhimpunan besar sebelum ini tanpa apa-apa insiden, katanya. Suara 35 peratus jangan diabaikan Selain itu dalam perdebatan itu, Khairy juga cuba mewarnakan perhimpunan 10 November sebagai perhimpunan pembangkang dan bukannya perhimpunan rakyat. "Lupakah Khairy bahawa pemimpin, ahli dan penyokong parti pembangkang adalah rakyat Malaysia juga.Mungkin Khairy lupa bahawa lebih dari 35 peratus rakyat Malaysia mengundi parti selain BN di setiap kali pilihan raya," katanya. Ujar Dr Lo' Lo, Malaysia mempunyai kapasiti penduduk kira-kira 27 juta orang, justeru 35 peratus dari jumlah itu adalah bersamaan hampir 10 juta orang. "Kalau dikira 10 juta pengundi bermakna kita bercakap tentang 3.5 juta pengundi.Adakah 10 juta rakyat Malaysia atau 3.5 juta pengundi sewenang-wenangnya dinafikan hak mereka sedangkan mereka juga membayar cukai, tol dan sebagainya," katanya lagi.Hujah Khairy ini hanya menampakkan mentaliti anti demokrasi pemimpin Pemuda Umno itu yang hanya mengesahkan bahawa beliau buta demokrasi, katanya. Dr Lo' Lo cabar Khairy dan Abdullah "Persoalan kebebasan media juga telah diutarakan dalam perbahasan tersebut.Malik menyatakan fakta bahwa media di Malaysia memerlukan permit dari Kerajaan BN untuk diterbitkan atau beroperasi. "Lantas, Khairy cuba untuk memberikan harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kebebasan media akan diberikan kembali kepada pihak media dengan merujuk kepada ucapan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Malangnya, akta-akta bersabitan media menunjukkan bahawa hak untuk mengoperasi akhbar atau apa-apa bentuk media di Malaysia terletak di tangan menteri dan tidak boleh dicabar hatta di dalam mahkamah," katanya.Dalam hal ini, Khairy tidak sedikit pun tidak memberi apa-apa komen terhadap fakta ini, tanya.Tiada pernyataan jelas samada PM akan meminda akta berkaitan media untuk mengizinkan mana-mana pihak mengoperasikan media, katanya.Tanpa komitmen ini, kenyataan PM baru-baru ini tidak lebih dari retorik kosong dan 'wayang kulit', apatah lagi dibuat dalam forum yang salah, katanya. Sekiranya kerajaan yang diterajui Umno/BN benar-benar ikhlas untuk mengembalikan kebebasan media di Malaysia, langkah pertama boleh dimulakan dengan mengizinkan PAS menerbitkan semula Harakah dua kali seminggu, katanya.Ini tidak memerlukan pindaan akta, cuma sepucuk surat dari Menteri Dalam Negeri sahaja, katanya."Saya cabar Khairy dan Umno untuk membuktikan komitmen mereka terhadap kebebasan media. Nazri juga telah dimalukan apabila beliau cuba menafikan akhbar di Malaysia berat sebelah. Malang bagi Nazri apabila akhbar-akhbar yang terbit pada 11 November telah ditunjukkan kepada beliau sebagai bukti," katanya. Dalam perdebatan itu juga, Khairy cuba memberi gambaran bahawa kerajaan bersedia mendengar pandangan semua pihak, khasnya melalui saluran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau lantas memberikan contoh-contoh beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh SPR, namun Khairy sedikit pun tidak menafikan bahawa SPR adalah sebuah badan yang tidak bebas dari pengaruh eksekutif, katanya. Malang bagi Khairy, tindakan beliau hanya membuktikan bahawa SPR tidak lebih dari sebuah badan kerajaan yang duduk di bawah cengkaman Jabatan Perdana Menteri, katanya. Ini bererti SPR tidak bebas dan SPR beroperasi seperti yang dikehendaki BN, katanya. sehubungan itu beliau melihat, gambaran-gambaran yang diberikan melalui hujah Khairy dan Nazri dalam perdebatan itu hanya mengesahkan bahawa Umno tidak mengenal erti demokrasi yang sebenar, sebaliknya menggunakan pelbagai tindakan untuk menyekat pengaruh parti lain, katanya.

Semua dijemput ke ceramah perdana Anwar

MELAKA, 20 Nov (Hrkh) - Barisan Alternatif (BA) Melaka menjemput semua orang supaya hadir beramai-ramai untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 24 November ini.

Menurut Setiusaha PAS Cawangan Tedong, Mat Nor Modeng, bahawa ceramah tersebut akan diadakan di Markas PAS Tedong, Tedong Pantai, Merlimau, pada pukul 9 malam sabtu ini.

Selain itu, beliau berkata bahawa Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin juga akan turut berceramah pada malam itu dan ceramah ini juga merupakan salah satu ceramah terbesar BA Melaka bagi menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Kita harap orang Melaka khususnya tidak kira apa pun fahaman politiknya hadir pada malam itu kerana banyak perkara penting yang menjadi topik hangat di negara kita sekarang ini akan dijelaskan Dato' Seri Anwar.

"Terutamanya berkenaan himpunan anjuran Bersih baru-baru ini yang menyaksikan cabaran Perdana Menteri disahut oleh ribuan rakyat yang telah muak dan meluat dengan suasana politik negara mutakhir ini," katanya. - mks.

Ahad, 18 November 2007

NIE SEMUA KELAB UMNO DAN KELAB ISLAM HADHARI PUNYA PASAL ...

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Hrkh) - Tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia, berdasarkan penarafan Times Higher Education Supplement (THES) tahun ini. Tahun lepas, dua universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia."Kita sangat kecewa apabila kedua-dua universiti yang tersenarai dalam ranking tersebut sebelum ini sepatutnya memperbaiki kedudukannya dan bukannya semakin merosot," ujar Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa. Jelasnya antara indikator atau kayu ukur yang menjadi punca kejatuhan ranking kedua-dua universiti tersebut adalah disebabkan unsur-unsur campurtangan politik dalam pentadbiran universiti dan kajian yang dijalankan tidak menepati spesifikasi rujukan pelbagai pihak. Tegasnya, para pengkaji dan mahasiswa tidak diberikan kebebasan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan. "Masalahnya, sekarang universiti kita terlalu mengongkong dan terlalu banyak unsur politiking, lebih-lebih lagi dalam soal pelantikan jawatan tinggi di peringkat pentadbiran," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Tambahnya, pelantikan yang dibuat biasanya adalah kerana kecenderungan mereka kepada parti politik pemerintah serta tidak mempunyai sebarang rekod keterlibatan dengan politik yang lain. "Hal ini adalah amalan yang menggambarkan tidak profesional kerana mencampuradukkan persoalan tersebut dengan etika keintelektualan yang dipegang oleh institusi pengajian tinggi," ringkasnya. Bahkan jelasnya lagi, suasana yang berlaku di universiti kini seharusnya mampu untuk melahirkan daya pemikiran para cendekiawan yang berkualiti serta bebas daripada keterikatan dan kongkongan politik"Memang diakui bahawa universiti-universiti di Malaysia terkenal dengan jawatan-jawatan yang diberikan kerana terdapat campurtangan politik," dakwanya. "Mereka yang dilantik perlu diteliti kelayakan mereka, bukan sekadar kecenderungan politik. Orang yang layak berada di sesuatu kedudukan pula dinafikan akibat fahaman politik yang berbeza," katanya. Bahkan tambah Dr Mujahid, ramai yang dilantik hanya kerana mereka terkenal selepas muncul di kaca televisyen dan majlis sosial tanpa menitik beratkan soal kriteria kelayakan yang sebenar. berpendapat Institusi pengajian tinggi negara seharusnya berupaya untuk menghasilkan lebih ramai tokoh-tokoh akademik yang boleh memberikan sokongan kepada semua bidang supaya boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pihak. "Kebebasan berfikir tanpa sebarang kongkongan adalah penting untuk mengelakkan daripada gejala terbantutnya kualiti idea yang dijana.
"Ini kerana kesan daripada idea yang terbantut adalah mahasiswa yang dididik dengan sistem pendidikan kelas pertama dengan tidak mengetepikan unsur pembangunan spiritual.
"Bagaimana hendak melahirkan generasi yang kompetitif, cemerlang jika sekiranya pandangan dan suara mereka dikongkong?" ujarnya kepada Menteri Pengajian Tinggi. Sementara itu, Dr Mujahid juga menyatakan faktor lain adalah kerana kajian-kajian yang dijalankan tidak menjadi rujukan akibat kualiti hasil kajian yang kurang memuaskan.

Demonstrasi dalam '1957: Hati Malaya' bohong?

TPM Najib Razak marahkan rakyat berdemonstrasi, khasnya Himpunan 100,000 Rakyat. Najib mendakwa bantahan awam bukan sebahagian budaya Malaysia. -->

Wahai Najib, kenapa Dato' tidak ikut kehebatan bapamuTun Razak Hussein. Tun Razak pejuang Melayu. Allahyarham bersama pejuang-pejuang lain seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, berdemo, menjeritkan Hidup Melayu dan Merdeka bagi melawan British, terutama gagasan penubuhan Malayan Union.
Kalau pemimpin Melayu tidak berdemonstrasi aman, macam mana ada adegan itu dalam filem '1957: Hati Malaya'. Kalau semua orang nak percaya cakap Najib, bererti adegan pemimpin Melayu berdemonstrasi aman dalam '1957: Hati Malaya', semuanya bohong saja.
Kalau sudah bohong, buat penatlah Maya Karin, Rusdi Ramli dan sebagainya menjerit dan berdemo sebab semua adegan itu bohong saja, seperti dikatakan Najib. Orang Melayu tidak berdemo dan bantahan awam bukan budaya Malaysia.
Kalau macam itu, sekali pun berlaku penindasan ke atas anak bini, duduk diam-diam saja, jangan demo. Kalau isteri dipeluk bintang Bollywood, diam saja, jangan demo, jangan tunjuk kemarahan, itu bukan budaya kita. pelik yer .. dengan babi FRU takut nak gempur kenapa BERSIH dia semangat nak gempur ...

GAYA ORANG YANG LUPA SEJARAH ..

Peristiwa kaum 13 Mei tercetus bermula dari perhimpunan haram LEBIH 13 tahun berlalu - Februari 1994 - tetapi bagi wartawan yang membuat liputan pilihan raya negeri Sabah ketika itu, drama yang melingkari peristiwa itu masih segar di ingatan, mungkin sebab ia selalu dikisahkan semula pada perjumpaan sesama rakan lama, di meja makan atau di Kelab Media Asing yang biasanya menjadi medan bertukar-tukar cerita. Seperti drama ketika pilihan raya negeri 1985 apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) yang baru ditubuhkan menang tipis ke atas Berjaya – parti yang sudah lama bertapak di Sabah, ada percubaan merebut kuasa menerusi majlis angkat sumpah seorang Ketua Menteri daripada parti yang tewas, meskipun pelantikan itu kemudian dibatalkan berikutan campur tangan Kerajaan Pusat; pilihan raya negeri 1994 juga penuh dengan drama yang mendebarkan.
PBS yang memerintah Sabah selama sembilan tahun dan pernah dalam tempoh itu menyertai Barisan Nasional (BN) dan keluar daripada perikatan itu menjelang pilihan raya umum 1990, berhadapan dengan serangan BN yang begitu beriltizam untuk merangkul kembali negeri itu dan menghukum PBS dan presidennya, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, atas pengkhianatan mereka pada 1990. Seperti sudah tradisi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, mengetuai kempen pilihan raya BN. Pada 1990, Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai kempen, tetapi gagal untuk menewaskan PBS ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba. Sementara pada 1994, orang yang mengetuai kempen ialah Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ensaiklopedia Brittanica, dalam ulasannya terhadap Malaysia pada 1994, menyatakan yang berikut: "Anwar Ibrahim adalah ketua penggubal strategi bagi pilihan raya Februari (1994) di Sabah, sebuah negeri di Borneo yang sudah lama dikuasai parti pembangkang, PBS. "BN memenangi 23 kerusi dewan negeri, mengurangkan majoriti PBS kepada 25. Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah selama sembilan tahun, terpaksa membubarkan (kerajaannya) sebelum ia dapat dibentuk pada Mac berikutan hampir semua wakil rakyat PBS berpaling tadah. Sakaran Dandai daripada Umno kemudian menjadi Ketua Menteri Sabah." Apa yang sebenarnya terjadi ialah ramai wakil rakyat PBS yang berpaling tadah kepada BN, menyebabkan keruntuhan Kerajaan PBS dalam tempoh beberapa hari saja selepas kemenangannya dalam pilihan raya negeri. Pada awal pagi 20 Februari, tidak lama selepas PBS diumumkan memenangi pilihan raya itu, Kota Kinabalu sepi dan dicengkam debaran.
Pairin, yang khuatir rampasan kuasa seperti 1985 berulang, memandu terus ke pintu pagar Istana untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, tetapi tidak dibenarkan masuk. Beliau serta pengawal peribadi yang meletakkan Land Cruiser di hadapan pintu pagar enggan berganjak sehinggalah acara angkat sumpah Ketua Menteri diadakan. Pairin terpaksa berkampung di hadapan Istana selama dua malam. Sementara itu, semua wakil rakyat PBS yang sudah dipilih dikurung di kediaman rasminya, Sri Gaya, dan semua telefon bimbit mereka diserahkan untuk disimpan bagi mengelak sebarang percubaan BN menghubungi dan mengumpan mereka untuk berpaling tadah. BN hanya perlukan dua ahli dewan undangan PBS untuk berpaling tadah dan PBS akan menjadi minoriti. Tiga puluh enam jam kemudian, Pairin dibenarkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, tidak mandi, tidak bercukur, mata sembap dan memakai pakaian sama dipakainya dua hari sebelum itu. Bagaimanapun beberapa hari kemudian, kerajaan negeri pimpinannya runtuh berikutan ramai wakil rakyat PBS berjaya dipujuk dan berpaling tadah kepada BN yang seterusnya membentuk kerajaan baru. Dalam ucapan dasarnya pada kongres tahunan PBS pada 23 September 1997, Pairin menyatakan: "Sudah tentu, pengalaman paling pahit kita dan seluruh rakyat Sabah adalah dipaksa keluar daripada kerajaan selepas memenangi pilihan raya negeri 1994. Penggal keempat kerajaan PBS hanya bertahan selama dua minggu sebelum mandat yang diberikan rakyat dirampas menerusi taktik BN yang sungguh tidak demokratik. Pembubaran kerajaan PBS disebabkan majoriti wakil rakyat PBS berpaling tadah kepada BN. Beberapa bekas Wakil Rakyat PBS juga menubuhkan parti politik mereka sendiri dan kemudian menyertai BN. "Cara kerajaan PBS dipaksa meninggalkan kuasa dan menjadi parti pembangkang sudah tentunya tidak pernah berlaku di Malaysia yang kita cintai. Sebagai pemimpin dan ahli PBS, kita semua mesti bangun menghadapi cabaran bagi memadam titik hitam dalam sejarah Sabah dengan memastikan parti ini kembali merangkul haknya sebagai kerajaan Sabah pada pilihan raya akan datang." Setahun kemudian, Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr Maximus Ongkili, yang kini menjadi menteri pusat, berkata: "Kita patut menimbangkan apa yang berlaku di Sabah pada 1994 sebagai sejarah yang tidak harus berulang lagi. Kerajaan pusat tidak seharusnya membiarkan jenteranya disalah guna oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab dengan menakut-nakutkan pengundi, menggunakan pengundi hantu, membeli wakil rakyat PBS, dan menutup pintu Istana seperti dilakukan pada pilihan raya lalu." Laman web PBS masih menyiarkan petikan ini mengenai pilihan raya 1994 dengan menyatakan: "Sesudah kehilangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Pairin mengejutkan rakyat Malaysia apabila meletak jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994. Sukar untuk dipercayai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat kehilangan kuasa dalam tempoh beberapa hari selepas pilihan raya berikutan tindakan melompat parti daripada beberapa wakil rakyat yang tidak bertanggung jawab, berlaku buat kali pertama di Malaysia." Dan, semua ini terjadi ketika Anwar mengetuai kempen di Sabah. Pada 1999, selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatannya oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai kempen pilihan raya di Sabah. Majalah mingguan Asiaweek, yang berpangkalan di Hong Kong, melaporkan: "Datin Seri Wan Azizah Ismail (Presiden Parti Keadilan yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengutuk tindakan Barisan yang dikatakan menyalahguna kemudahan awam. Begitupun, yang peliknya, ketika suami Wan Azizah, Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dilaporkan menggunakan kaedah sama bagi kempennya di Sabah." Sebenarnya, mereka yang tahu Anwar, tidak hairan melihat beliau berada di barisan depan pada perhimpunan minggu lalu yang disertai beberapa NGO dan sebahagian besarnya penyokong parti pembangkang bagi meminta pembaharuan bagi proses pilihan raya kerana dalam sebarang keadaan, Anwar adalah ahli politik sejati. Dan, seperti yang sudah ditunjukkan berkali-kali, rakyat Malaysia mempunyai ingatan yang singkat. Jika melihat sejarah, adalah pelik apabila Anwar, yang pernah mengetuai dua kempen pilihan raya paling kontroversi dalam sejarah Malaysia bagi tempoh 15 tahun lalu, menjadi orang yang meminta pembaharuan bagi proses pilihan raya. Ahli Umno dan ramai rakyat Malaysia masih mengingati pemilihan Umno pada 1993 apabila Anwar mencabar timbalan presiden parti yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba (Allahyarham), dalam satu pemilihan yang mana wang, media dan jentera kerajaan disalah guna dengan berleluasa untuk menewaskan Ghafar dan pasukannya. Masalah itu sungguh serius hinggakan dalam tiga Perhimpunan Agung Umno selepas itu, mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk rasuah di kalangan pemimpin parti, menggesa serta meminta perwakilan untuk menyesali perbuatan itu dan menolak mereka yang menggunakan wang untuk mendapatkan undi. Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika itu menyertai pasukan Ghafar yang kalah, dan digelar 'Mr Clean' oleh media kerana keenganannya untuk merosakkan proses pemilihan dengan menggunakan wang. Abdullah, selepas menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri pada 2003, menunjukkan keseriusannya apabila selepas pemilihan Umno 2004, yang mana dakwaan penggunaan wang adalah meluas, beliau mengarahkan penyiasatan dijalankan hingga menyebabkan satu daripada penyokong kuat dan sahabat beliau sendiri, Tan Sri Isa Samad, seorang Menteri Kabinet, yang memenangi kerusi naib presiden, disabitkan dan digantung daripada parti selama enam tahun. Memang menarik untuk merenung kembali sejarah dan mendapatkan perspektif terhadap perhimpunan haram Sabtu lalu. Dua lagi yang menjadi peneraju perhimpunan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum meminta pembaharuan pilihan raya itu adalah Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang. Lim menerajui DAP lebih 30 tahun sehinggalah beliau melepaskan jawatannya kepada Kerk Kim Hock yang kemudian meninggalkan parti atas sebab kesihatan meskipun ramai sudah tahu beliau ada pergeseran dengan anak Lim, Guan Eng. Guan Eng sekarang adalah setiausaha agung parti itu. Majalah Aliran, yang juga satu daripada pihak yang menandatangani memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, melaporkan ketika itu: "Guan Eng tidak dapat memadamkan cakap-cakap mengenai pilih kasih berikutan kedudukannya sebagai anak kepada orang kuat DAP, Kit Siang. Lebih tidak membantu ialah PAP di Singapura juga menyerahkan kepimpinan kepada Lee Hsieng Loong, anak orang kuat parti, Lee Kuan Yew, pada masa sama. Justeru, imej DAP sebagai parti yang dikawal ketat dan menyingkirkan sesiapa yang dilihat mencabar kuasa Kit Siang tidak dapat dipadamkan sepenuhnya." Itulah persepsinya. Lagipun, pada masa lalu, ramai yang diuar-uarkan sebagai bakal pengganti Kit Siang. Mereka adalah Goh Hock Guan, aktivis Fan Yew Teng, pekerja sosial Tan Sri Lee Lam Thye, peguam Wee Chee Keong dan Kerk. Akhirnya semua mereka dipinggirkan dan kemudian meninggalkan DAP. Mungkin DAP yang perlukan pembaharuan dalam proses pemilihannya. Tetapi mungkin Kit Siang percaya partinya bebas dan adil walaupun yang lain dalam partinya tidak berfikiran demikian. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang terjadi bila DAP menang pilihan raya menerusi proses pilihan raya yang dikecamnya sebagai tidak adil? Selepas pilihan raya kecil yang penting di Tapah pada 1997 apabila DAP mengalahkan BN, Kit Siang yang sangat gembira, dipetik oleh Asiaweek berkata: "Ia adalah gempa bumi," kata Kit Siang mengenai kemenangan DAP pada pilihan kecil kerusi Parlimen pada 17 Mei. Keputusan pilihan raya itu menunjukkan adanya peralihan undi yang mengejutkan kepada peguam berusia 39 tahun, Kulasegaran, yang melenyapkan majoriti BN sebelumnya sebanyak 14,000 untuk menang ketika itu dengan majoriti 3,000. Kali terakhir DAP memenangi kerusi itu ialah pada 1969. Lim menyifatkan undi berkenaan umpama 'lembaran emas dalam lipatan sejarah Malaysia. "Ia adalah gempa bumi berukuran enam pada skala Richter," katanya berjenaka. Dan apa yang terjadi apabila mereka kalah dalam pilihan raya? Asiaweek dalam laporannya selepas Kit Siang dan Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh kalah pada Pilihan Raya Umum 1999, meskipun parti pembangkang lain seperti Keadilan dan Pas menunjukkan pencapaian lebih baik, melaporkan: "Lim Kit Siang, yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2 Disember sebagai tanda bertanggungjawab terhadap prestasi buruk dalam pilihan raya, menyebut dalam surat peletakan jawatannya bahawa perkembangan terbaru dalam arena politik negara disebabkan peningkatan pengaruh Pas yang akan memberikan ancaman kepada "demokrasi di sebuah negara sekular Malaysia." Nampak jelas, Kit Siang tidak menyalahkan proses pilihan raya apabila partinya menang di Tapah; dan menyalahkan rakannya Pas, bila kalah pada 1999. Mungkin, fakta paling kukuh yang disandarkan kerajaan untuk menyatakan bahawa pilihan raya di Malaysia sebenarnya dijalankan secara bebas dan adil, adalah hakikat bahawa ia kalah di beberapa negeri seperti Kelantan, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang dan pada satu ketika hampir kehilangan Kedah pada 1999, dan juga kalah pada pilihan raya kecil yang penting seperti di Tapah dan Lunas. Bagaimanapun sudah tentu ada kelemahan – yang mana kerajaan sendiri akui – perlu diperbaiki. Pada pilihan raya umum, apabila seluruh kuasa dipegang oleh pemenang, mesti ada pihak yang akan tidak berpuas hati, terutama mereka yang kalah. Akan tetapi dalam demokrasi yang sudah matang sekali pun seperti di Amerika Syarikat, boleh dilihat umpamanya kemenangan kontroversi George W Bush terhadap Al Gore pada Pilihan Raya Presiden 2000, ada juga pelbagai kelemahan. Jika sistemnya sempurna, mungkin George Bush tidak akan menjadi presiden; mungkin tidak akan ada peperangan di Iraq dan tidak akan ada kesan lanjutan daripada perang yang memberi kesan kepada seluruh dunia. Mungkin. Dalam mana-mana demokrasi, sesebuah negara mesti berusaha menjadi lebih baik dalam apa saja yang dilakukannya seperti menambah baik institusi-institusinya, ekonomi, kebajikan rakyat atau dalam menerima pakai perubahan. Kerajaan sekarang, meskipun ada beberapa kelemahan dan terpaksa menanggung beberapa ahli politik yang memburukkan nama parti, sentiasa membuka pintu perundingan dan berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian, mengukuhkan institusi dan memastikan ia berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Kita boleh mengetepikan Ahli Parlimen Barisan yang membuat kenyataan biadap dan menghina wanita, atau yang membuat kenyataan bersifat perkauman; kita boleh mengetepikan mereka yang membelakangkan undang-undang dengan membina istana tanpa mendapat kelulusan; kita boleh mengetepikan anggota pentadbiran yang tidak cekap. Akan tetapi, kita tidak hidup dalam dunia yang sempurna. Cuba kita kaji pembaharuan bagaimana yang dimahukan pakatan NGO dan parti politik yang mengadakan demonstrasi minggu lalu. Dalam memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mereka menyenaraikan lapan aspek yang didakwa perlukan pembaharuan, seperti dakwat pilihan raya dan pembersihan senarai nama pemilih daripada nama yang sudah meninggal dunia dan pengundi tidak dapat dikesan, yang sudah pun diterima Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi masih juga dikekalkan dalam memorandum itu. Satu lagi perkara yang mereka minta ialah sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Parlimen wanita dan peluang hendaklah diberikan kepada wanita dan mereka yang terpinggir. Setakat ini, hanya BN menerusi Abdullah, yang menjadikan dasar supaya wanita menduduki sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan penting dalam kerajaan. Sukar untuk melihat Pas yang merendahkan peranan wanita dalam politik dan kerajaan, untuk menampung dasar sebegitu, meskipun Hadi berada di barisan depan berarak ke Istana Negara. Sesungguhnya, tiada satu pun parti politik pembangkang yang mempunyai wakil di kalangan minoriti dan wanita seperti BN. DAP adalah parti berasaskan Cina, manakala Keadilan dan Pas hampir seluruhnya berasaskan Melayu. BN, menerusi rakan pakatannya, mempunyai ahli daripada hampir semua kaum di Malaysia, termasuk golongan minoriti seperti Orang Asli dan masyarakat Thai-Malaysia yang diwakili beberapa senator di Dewan Negara. BN mempunyai bilangan calon wanita paling ramai pada pilihan raya umum 2004. Bolehkah kita lihat Pas, DAP dan Keadilan mengetengahkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya akan datang. Sama-samalah kita lihat nanti. Memorandum itu juga antara lain menuntut perkara seperti tempoh kempen lebih panjang, pemantauan lebih rapi dan teliti terhadap wang yang dibelanjakan parti-parti politik sepanjang tempoh berkempen, dan pembiayaan awam untuk kempen parti politik dan untuk wanita dan kaum minoriti, dan akses lebih meluas terhadap radio dan televisyen awam. Sudah tentu ada di antara permintaan itu yang munasabah dan wajar dipertimbangkan. Tetapi, tidak bolehkah memorandum yang sama diserahkan kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong dengan cara lebih tersusun tanpa perlu berarak menerusi jalan yang sibuk? Siapa ahli pakatan yang menandatangani memorandum itu? Ada beberapa nama yang biasa didengar – seperti Aliran, Abim, MTUC, parti pembangkang seperti DAP, Pas, Keadilan dan Sarawak National Party (SNAP). Tetapi siapakah mereka yang menganggotai NGO yang tidak pernah didengar seperti Citizen’s Health Initiative, Group of Concerned Citizens, Community Action Network, Labour Resource Centre, Malaysian Voters Union dan Save Ourself? Mereka semua menandatangani memorandum itu dan mendakwa mewakili masyarakat madani dan rakyat Malaysia yang lain. Betulkah? Jadi bagaimana kita semua hampir tidak pernah dengar langsung mengenai mereka sebelum ini? Mungkin mereka percaya mereka mewakili rakyat Malaysia dan masyarakat madani. Tetapi siapa pula mewakili puluhan ribu lain yang menjadi mangsa kepada perhimpunan haram itu apabila trafik lumpuh di seluruh ibu kota, aktiviti perniagaan terjejas dan mereka yang tidak bersalah di jalanan terpaksa lari lintang pukang menyelamatkan diri? Demonstrasi reformasi pada 1998 dan 1999 menunjukkan bagaimana sesebuah perkumpulan ramai boleh bertukar menjadi liar. Mereka berarak dari Jalan Chow Kit ke ibu pejabat Umno, memecahkan perabot dan tingkap, dan kemudian ke kediaman Perdana Menteri di Sri Perdana, hinggalah mereka dihalang polis. Mereka menyerang kenderaan krew TV3, memecahkan tingkap dan memukul kereta sementara krew di dalamnya terpaku menahan ketakutan. Tindakan mereka juga memaksa peniaga kecil menutup kedai dan orang ramai di jalanan terpaksa lari menyelamatkan diri apabila mereka berarak di jalan-jalan. Mereka juga memukul anggota polis dan membakar motosikal polis dalam demonstrasi itu. Apabila perniagaan tidak berkembang, ramai hilang pekerjaan, pelabur takut untuk menanam modal, siapa yang mereka rujuk untuk menyelesaikannya? Lim Kit Siang, Hadi Awang, Anwar Ibrahim atau kepada Citizen’s Health Initiative? Sekali lagi jika kita melihat sejarah, kita akan sedar bahawa rusuhan kaum 13 Mei tercetus bermula daripada demonstrasi jalanan. Jika kita melihat kembali rusuhan di Sabah pada 1986 apabila bom meletup di jalanan dan lima terkorban dalam kekacauan itu, kita akan tahu bahawa ia bermula daripada demonstrasi jalanan di Karamunsing. Justeru, memang sewajarnyalah untuk rakyat dan pihak berkuasa bimbang dengan demonstrasi jalanan yang mana ketika era reformasi pada 1998 juga bertukar menjadi ganas. Mungkin penganjur berhasrat demonstrasi atau perhimpunan jalanan tanda ‘kesepakatan’ itu dilakukan secara aman. Sama ada secara terancang, atau sama ada kerana tidak disengajakan, kita sudah lihat bagaimana demonstrasi sebegini boleh membawa kepada huru-hara dan kacau bilau. Mungkin, suatu hari kelak, akan tiba masanya apabila negara dapat menyaksikan protes dan demonstrasi sebegini yang dilaksanakan dengan aman dan menjadi harapan setiap rakyat Malaysia, saya fikir, bahawa lebih cepat ini terjadi, lebih baik. Agak mengajaibkan apabila Thierry Rommel, bekas Duta dan Ketua Delegasi Suruhanjaya Eropah (EC) ke Malaysia, mengatakan negara ini dalam keadaan darurat hanya kerana tindakan polis menggunakan pancutan air dan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang enggan bersurai selepas diberi amaran berkali-kali. Dengan menggunakan alasannya itu, kita juga patut merumuskan bahawa Itali, sebuah negara Kesatuan Eropah (EU) yang diwakili Rommel, juga sedang berada dalam darurat sejak minggu lalu. Kenapa? Kita sudah lihat di BBC dan Al-Jazeera bagaimana polis Itali menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air untuk menyuraikan perusuh yang membantah tindakan seorang anggota polis menembak seorang peminat bola sepak di Lazio. Agak pelik juga Al-Jazeera tidak tampil dengan rumusan yang sama mengenai polis dan pihak berkuasa Itali seperti yang mereka lakukan terhadap polis Malaysia dalam laporan mereka. Lagipun, kedua-dua pasukan polis Malaysia dan Itali menguatkuasakan standard operasi sama dengan polis lain di seluruh dunia – menyuraikan penunjuk perasaan yang enggan bersurai dengan menggunakan pancutan air dan gas pemedih mata. Mungkin, kerana Al-Jazeera datang daripada Asia Barat, yang mungkin dianggap mereka pusat perkembangan demokrasi, Al-Jazeera mempunyai standard lebih tinggi terhadap ‘demokrasi yang kurang matang’ seperti Malaysia. Hairan mengapa pula pentadbiran Bush menjadikan satu dasar penting Amerika Syarikat untuk ‘memperkenalkan demokrasi ke Asia Barat.’ Rumusannya: Tidak semua di dunia ini bebas dan adil.

UMNO YANG HINA RAJA MELAYU ..

UMNO dan Dollah Badawi cuba melagakan rakyat dengan Agong dengan bertindak saperti mempertahankan kehormatan Agong dan raja Melayu dalam kes 10 November. Sebenarnya UMNO lah pengkhinat kepada Agong dan raja Melayu apabila mereka bersetuju membina kembali kubu musuh yang menjadi simbol penjajahan dan penyiksaan rakyat keatas penduduk Melayu dan raja Melayu.Saya meminta UMNO supaya menggali kembali mayat Mujahid Melayu Raja Haji yang dulunya di tanam di ladang babi di dalam kota Melaka untuk mengekalkan keaslian kota Portugis dan Belanda itu.Pengkhianatan UMNO tidak ada penghujung nya. Ini lah parti yang paling celaka yang pernah di miliki oleh orang Melayu. Tingkah laku UMNO untuk menghina orang Melayu dan raja Melayu seakan akan sudah tiada sempadan malu dan sopan. Apa yang mencarik hati orang Melayu semua umno sudah lakukan.Meroboh masjid, menahan ceramah ugama, mengadai tanah wakaf, menggadai negara, mencuri duit, mencatas kuasa raja, menahan ulama, menhina undang undang Islam, menyalah guna duit zakat, meningkatkan cukai, merampas tanah, membiar orang asing merompak merogol dan merampas ekonomi, mengugut orang Melayu dengan polis, menipu dalam pilihanraya dan yang terbaru termasuk menegakkan kembali simbol penjajahan portugis dan Belanda yang menghina ummat Islam dan Yang Dipertuan Agong serta semua raja Melayu.Raja Melayu telah di hina dengan sehina hinanya oleh pemilik kubu celaka itu iaitu Portugis dan Belanda . Penjajahan dan penghinaan ini lah yang menyatukan semua orang Melayu di Nusantara dimana orang melayu sejauh makasar iaitu orang Bugis pun bersatu dengan Johor untuk menawan balik Melaka. Namun UMNO sebaliknya yang menjadi khadam kepada penjajah dari segi mentaliti ingin membina kembali kubu celaka itu. Rupa nya seminar demi seminar mengumpul intelektual Melayu dari Riau dan Indonesia mempunyai niat khianat yang tersirat untuk membina kembali kubu musuh kita yang celaka.Mungkin mereka boleh berhujah bahawa niat mereka baik ia itu untuk menarik pelancongan di mana duit nya boleh di manafaatkan oleh orang melayu yang papa kedana di negara sendiri. Itu memang cara umno berhujah, menangkis hujah dengan sinis dan penuh memandang rendah kepada orang Melayu. Kita mahu memberi tahu kepada UMNO bahawa kamu lah punca kepada masaalah bukan nya penyelesai masaalah orang Melayu. Selepas 50 tahun merdeka orang Melayu masih merempat di negeri sendiri apabila semua perancangan pembangunan untuk membina orang Melayu hanya lah satu cara kamu boleh mencuri duit rakyat melalui pembinaan infrastruktur yang melebihi kos dan melaksanakan program yang tidak berfaedah. Kalau di beri 100 tahun pun tidak akan kesudahan keperitan hidup orang Melayu di bawah pemerintahan kamu.
Kita mahu memberi tahu kepada UMNO bahawa jika benar kamu mahu membina kembali kubu portugis celaka yang pernah di gunakan untuk menyiksa ummat Islam dan batu nya dari batu makam di raja ,MAKA kami cabar kamu membina satu kandang babi di tepi kota itu dan menanam kembali jasad Mujahid Melayu yang agong Raja Haji yang pernah di tanam oleh Belanda, berkapankan kulit babi dan di maqamkan di kandang babi apabila beliau gugur shaheed. Itulah suasana asli dan sebenarnya kecelakaan kota Melaka.Jenazah Al Shaheed Raja Haji sekarang di semadikan di Pulau Penyengat Riau selepas waris nya di Riau meminta Inggeris untuk menggali kembali jenazah untuk di semadikan di sana, di tempat yang mulia bukan di kandang babi.Saya jangka dengan fakta sejarah ini pun UMNO tidak akan berganjak dari membina kota simbol kecelakaan itu kerana hati orang umno ini sebenarnya sudah tidak bersama dengan orang melayu. Mereka sudah lama mengkhinati perjuangan orang Melayu.Saya menyeru agar Yang Dipertuan Agong dan raja raja melayu menentang usaha membina dan mengagongkan kembali sejarah kehinaan orang Melayu dan orang Islam di negara ini.

SIAPA TALI BARUT PENJAJAH SEBENAR ......

Melaka, 17 Nov (Hrkh) - 'Dibina oleh Portugis, diperkukuhkan oleh Belanda, dimusnahkan oleh Inggeris dan dibina semula oleh Kerajaan Malaysia' itulah catatan yang tertera di depan tapak pembinaan semula Kota Portugis berhampiran Muara Sungai Melaka.Pelbagai pihak melahirkan kekesalan berikutan tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan Kerajaan Negeri Melaka untuk membina semula Kota Portugis dengan peruntukan RM12.9 juta setelah mendapat kelulusan dari kabinet baru-baru ini.Ia tidak perlu diberi peruntukan jutaan ringgit bagi pembinaannya semula kerana hanya akan menaikkan semula imej penjajahan Portugis seterusnya menghina bangsa Melayu Islam yang telah mengecapi kemerdekaan 50 tahun yang lalu. Menurut Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengulangi pendiriannya membantah sekeras-kerasnya cadangan itu kerana menghina bangsa Melayu dan agama Islam.Beliau berkata, kerajaan Negeri Melaka dan KeKKWa tidak sensitif dengan perasaan orang Melayu Islam yang pernah dijajah suatu ketika dulu, ini menunjukkan pemikiran mereka masih dijajah kerana masih mengagung-agungkan penjajah."Tak logik walau atas alasan ingin menarik pelancong kerana tinggalan sejarah seperti 'A Formosa', Perigi Portugis, Bukit St. Paul dan Perkampungan Portugis sudah lebih dari mencukupi," katanya.Ustaz Kamaruddin juga mempersoalkan apakah rasionalnya cadangan Ali Rustam itu sedangkan dalam masa yang sama peruntukan bagi perkembangan pendidikan Islam iaitu Sekolah Agama Rakyat disekat sehingga Kerajaan Negeri terpaksa menyerahkannya kepada Kerajaan Pusat."Sepatutnya peruntukan yang sebegitu besar diberi kepada perkara yang lebih penting dan mereka yang memerlukan, bukannya dengan melakukan pembaziran sebegini rupa," katanya.
Kota Portugis
Pada awalnya tembok Kota ini dibina oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Islam Melaka mengelilingi Istana Raja, ia dibina daripada tanah dan diperkuat dengan batang kelapa dan batang nibung serta pagar kayu.Manakala Kota Batu ini dibina oleh Portugis setelah menawannya dalam tahun 1511 mengelilingi Bukit Melaka (Bukit St Paul) dan siap pada tahun 1548 dan kota ini diperkukuh semula oleh Portugis setelah serangan Belanda dalam tahun 1605- 1606.Belanda seterusnya memperkukuhkan lagi tembok kota dan menambah beberapa bastion setelah menawan Melaka pada tahun 1641 termasuklah Bastion Middleburg yang terletak di pintu masuk Sungai Melaka.Namun hampir keseluruhan Kota Melaka akhirnya dimusnahkan oleh Inggeris dalam tahun 1806-1807 dan yang terselamat hanyalah sebuah pintu kota yang dikenali A' Formosa.Kini Kota Melaka ini sedang dikaji dan didokumentari secara komprehensif oleh Jabatan Warisan Negara dan sebahagian tembok kota ini akan dibina semula oleh KeKKWa.

Dalam buku Hikayat Abdullah, Munsyi Abdullah (1796-1854) menulis tentang bagaimana Residen William Farquhar (1774- 1839) meruntuhkan kubu Portugis di Melaka pada tahun 1807. Farquhar, seorang jurutera yang hidup sezaman dengan Stamford Raffles, menjadi Residen di Melaka antara 1803-1818.Kata Munsyi Abdullah: "Sebab Inggeris itu terlalu cerdiknya itulah sebabnya dipecahkannya kota ini; kerana jikalau kiranya kota ini dapat ke tangan bangsa lain, nescaya beberapa lama pun diperanginya tiadalah akan alah, oleh sebab demikianlah kukuhnya dan hikmatnya kota ini." Di kota itu juga, kata Munsyi Abdullah, terdapat penjara untuk menyeksa tahanan. Beliau menyambung: "Ada pun seri negeri Melaka itulah kota itu. Maka apabila sudah pecah kota itu, maka negeri Melaka tiada berseri lagi, umpama seorang perempuan yang kematian suaminya, tiadalah berseri mukanya."Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah, itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada ditiadakan, dan yang tiada diadakan, berubah-ubah adanya." - mks.